Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Piala Fa Polis Beri Amaran Kepada Penyokong Jangan Timbul Provokosi

Published: 21 May 2015 12.44 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 21 Mei - Polis hari ini memberi amaran kepada penyokong pasukan bola sepak agar tidak menimbulkan sebarang provokasi sepanjang perlawanan akhir Piala FA 2015 antara Kelantan dan Lions XII.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/piala-fa-polis-beri-amaran-kepada-penyokong-jangan-timbul-provokosi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:48 MYT


Kuala Lumpur, 21 Mei - Polis hari ini memberi amaran kepada penyokong pasukan bola sepak agar tidak menimbulkan sebarang provokasi sepanjang perlawanan akhir Piala FA 2015 antara Kelantan dan Lions XII.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata pihak polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang cuba mencetuskan kekecohan pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

"Saya juga mengingatkan penyokong agar tidak membawa barang larangan seperti mercun, senjata tajam, topi keledar dan kain rentang yang boleh mencetuskan kekecohan dalam stadium.

“Kami akan melakukan pemeriksaan rapi di pintu masuk dan tempat parkir kenderaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini hari ini.

Bagi memastikan kelancaran perlawanan tersebut, beliau berkata anggota polis yang mencukupi akan ditempatkan di luar dan dalam stadium bagi mengawal keselamatan.

- BERNAMA

ArticlePublished 21 May 2015 12.44 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM