Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Juruteknik Maut Semasa Cuba Lari Daripada Sekatan Polis Dalam Op Warta

Diterbitkan: 21 May 2015 12.44 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 21 Mei - Seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun maut dilanggar sebuah kereta dipercayai semasa cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya Op Warta di Jalan Loke Yew, di sini, tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/juruteknik-maut-semasa-cuba-lari-daripada-sekatan-polis-dalam-op-warta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:13 MYT


Kuala Lumpur, 21 Mei - Seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun maut dilanggar sebuah kereta dipercayai semasa cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya Op Warta di Jalan Loke Yew, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.20 tengah malam itu, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah hotel di ibu kota meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Nazri Hussain berkata kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dari arah pusat bandar raya menghala ke Cheras cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dengan menaiki pembahagi jalan untuk ke laluan bertentangan.

"Sebaik sahaja berada di laluan bertentangan, sebuah kereta jenis Proton Iswara dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun merempuh motosikal dinaiki mangsa menyebabkan mangsa maut.

"Hasil siasatan awal mendapati, mangsa cuba lari daripada sekatan jalan raya kerana cukai jalan motosikalnya tamat tempoh sejak 2013 selain memiliki lesen tamat tempoh," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Sehubungan itu, Nazri menasihatkan orang awam supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Op Warta di Jalan Loke Yew yang bermula pukul 9 malam tadi adalah bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan membabitkan sejumlah 1.59 juta saman daripada 1.8 juta saman seperti diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam Op Selamat 5 yang dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

Nazri juga berkata, di ibu kota setakat pukul 11 malam tadi, 267 pesalah trafik yang dikenakan waran tangkap tampil ke balai polis untuk menyerah diri bagi menyelesaikan saman waran tangkap.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 21 May 2015 12.44 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM