Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Phishing 8 Warga Afrika Tumpas

Published: 12 Jun 2014 3.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bertindak atas maklumat penipuan perbankan (phishing), pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah membuat serbuan di dua buah premis di Subang Jaya pada 31 Oktober da..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/phishing-8-warga-afrika-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:13 MYT
KUALA LUMPUR, 12 Nov - Bertindak atas maklumat penipuan perbankan (phishing), pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah membuat serbuan di dua buah premis di Subang Jaya pada 31 Oktober dan 1 November lalu dan berjaya membuat tangkapan ke atas 8 orang warga Afrika.


Tangkapan 5 lelaki dan 3 orang wanita ini turut melibatkan rampasan sebanyak 7 buah komputer riba, 15 buah telefon bimbit, 1 'i-pad', 2 'external harddisk', 3 'pendrive' dan kad ATM.


Turut dirampas, 1 'Magic Jack'- alat untuk membuat telefon menggunakan internet dan 2 buah 'Wireless Router' yang dipercayai digunakan oleh sindiket tersebut.


Modus operandi sindiket dimulakan dengan suspek melayari laman-laman sembang online dan berkenalan dengan individu yang menawarkan maklumat peribadi akaun kad kredit dan seterusnya akan membeli maklumat peribadi kad kredit tersebut dengan harga USD20 bagi setiap maklumat.


Suspek melayari laman-laman jualan online untuk membeli barangan berjenama dan sebarang perkhidmatan dengan menggunakan maklumat kredit yang dibeli bagi tujuan pembayaran.


Selepas transaksi pembelian dan tempahan secara online dibuat, suspek akan menggunakan alamat rumah suspek untuk proses penghantaran dan barangan tersebut akan dijual kembali oleh suspek kepada sesiapa yang berminat dengan harga rendah dari harga asal.


Kesemua saspek telah disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan ditahan reman sehingga 20 November ini.

Phishing 8 Warga Afrika Tumpas
YDH Pengarah JSJK mengendalikan sidang media pada hari ini..

Phishing 8 Warga Afrika Tumpas
Antara barang-barang rampasan..

Phishing 8 Warga Afrika Tumpas
Komputer-komputer riba yang digunakan oleh sindiket terbabit...
ArticlePublished 12 Jun 2014 3.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM