Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pbb Terima Kasih Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 3.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sejak enam tahun lalu, seramai 2,794 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia telah ditugaskan sebagai MAL-FPU dan United Nations Police (UNPOL) di misi berkenaan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pbb-terima-kasih-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:42 MYT
Disediakan Oleh: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

Saya berharap, semua pegawai dan anggota akan memainkan peranan dan memberi khidmat yang terbaik dan berkesan, di formasi masing-masing kelak. Laksanakanlah peranan dan tanggungjawab dengan tegas, adil dan berhemah dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Ini adalah kerana harapan masyarakat juga adalah harapan kita.

Sepang, 14 Nov - Setelah memberikan perkhidmatan yang baik dan cemerlang serta tanggungjawab yang telah diamanahkan, hari ni bertempat di Balai Ketibaan Domestik A1, Aras 1, KLIA bersempena dengan sambutan kepulangan pegawai dan anggota PDRM Malaysia Formed Police Unit (MAL-FPU) Briged Tenggara dan UNPOL bersama pegawai perubatan ATM yang telah berkhidmat di bawah Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Timor-Leste yang telah disambut oleh YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Kepulangan kumpulan kedua ini adalah seramai sembilan belas (19) UNPOL dan lima puluh tujuh (57) MAL-FPU pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara serta pegawai perubatan ATM dari misi PBB Timor Leste.

Penyertaan Pasukan Gerakan Am sebagai Malaysia Formed Police Unit (MAL-FPU) PDRM bermula pada 2006 bagi menggantikan Ops Hati Budi yang tamat pada 30 September 2006.

Penglibatan pasukan PDRM adalah selaras dengan ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang meluluskan Resolusi 1704 tahun 2006 di bawah mandat United Nations Integrated Mission In Timor Leste (UNMIT) untuk membantu kerajaan Republik Demokratik Timor Leste dalam penguatkuasaan undang-undang dan memulihkan ketenteraman awam.

Sejak enam tahun lalu, seramai 2,794 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia telah ditugaskan sebagai MAL-FPU dan United Nations Police (UNPOL) di misi berkenaan.

Kepulangan tuan-tuan pada petang ini, amat dirasai dan dinanti-nantikan oleh ahli keluarga terdekat dan sanak saudara masing-masing. Ini kerana, mereka menanti kepulangan tuan-tuan dengan begitu tabah dan sabar, serta memahami bahawa pemergian tuan-tuan adalah sebagai duta kecil negara untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting, bagi menyahut seruan antarabangsa untuk membawa keamanan dan kesejahteraan di Timor-Leste. Ucap Ketua Polis Negara.

Timor-Leste telah melalui berbagai fasa keselamatan sepanjang tempoh kemerdekaan mereka sejak tahun 1999 yang lalu. Apa yang membanggakan, pasukan PDRM, sama ada dalam kapasiti Formed Police Unit, atau United Nations Police (UNPOL) sentiasa dialu-alukan dan dipandang tinggi oleh polis dan masyarakat tempatan negara tersebut. - Ketua Polis Negara

Selain daripada aspek keselamatan, rakyat Timor-Leste juga mendapat manfaat yang banyak daripada pegawai dan anggota yang telah membantu masyarakat Timor Leste melalui projek-projek "heart-and_mind" secara langsung atau tidak langsung, termasuklah memberikan perkhidmatan kesihatan oleh pasukan perubatan rakan tentera Malaysia.

Kepada pegawai dan anggota PDRM dan ATM yang menyertai misi ini, saya berharap pengalaman yang ditimba, serta ilmu yang diperoleh dapat dikongsi bersama rakan-rakan di dalam pasukan. Inilah yang dikatakan serampang dua mata dalam objektif kita - penyertaan PDRM memberi dan mendapat manfaat daripada pendedahan dalam "International and Democratic Policing". Saya percaya banyak "good practices" dan "lessons learned" yang telah tersemai dalam diri setiap pegawai dan anggota di hadapan saya sekarang. Yang baik jadikanlah teladan, dan yang buruk pula dijadikan sempadan. Pesanan Ketua Polis Negara.

Sumbangan pasukan PDRM khasnya MAL-FPU dari PGA dan UNPOL disanjung tinggi oleh UNMIT, kerajaan Republik Demokratik Timor Leste dan penduduk tempatan serta kebolehan dan sikap profesional pasukan PDRM telah dibincangkan di peringkat tertinggi pengurusan misi PBB di New York. Penghargaan ini adalah sesuatu yang amat membanggakan. Ucapan Ketua Polis Negara.

Apabila kembali bertugas nanti, tentukan anda mendapat maklumat terkini mengenai strategi dan operasi pasukan dalam konteks NKRA mengurangkan jenayah. Saya percaya, anda akan dapati banyak penambahbaikan telah dilakukan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kita kepada masyarakat. - Ketua Polis Negara.

Bagi pihak Kementerian Dalam Negeri dan PDRM, merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang telah memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan misi PBB bersama Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Turut hadir YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA, YDH SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA, Ybhg. Col. (DR). Zulkifli bin Zainal Abidin, Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia,  Yang Dihormati Datuk Seri dan Datuk-datuk Pengarah PDRM, Yang Dihormati Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Yang Dihormati Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota MAL-FPU, pegawai perubatan serta Paramedik Angkatan Tentera Malaysia, yang kembali dari bertugas di misi pengaman PBB di Timor-Leste, wakil-wakil media, tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.


Pbb Terima Kasih Pdrm
Ketibaan pegawai dan anggota PDRM Malaysia Formed Police Unit (MAL-FPU) Briged Tenggara dan UNPOL bersama pegawai perubatan ATM yang telah berkhidmat di bawah Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Timor-Leste

Pbb Terima Kasih Pdrm
YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati

Pbb Terima Kasih Pdrm
YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati

Pbb Terima Kasih Pdrm
YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati

Pbb Terima Kasih Pdrm
YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati

Pbb Terima Kasih Pdrm
YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati

Pbb Terima Kasih Pdrm
Pengacara majlis memulakan majlis

Pbb Terima Kasih Pdrm
Antara barisan kehormat yang hadir

Pbb Terima Kasih Pdrm
Antara barisan kehormat yang hadir

Pbb Terima Kasih Pdrm
Sekitar majlis

Pbb Terima Kasih Pdrm
Sekitar majlis

Pbb Terima Kasih Pdrm
Bacaan doa sebelum memulakan majlis

Pbb Terima Kasih Pdrm
YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara ketika menyampaikan amanat dan ucapan

Pbb Terima Kasih Pdrm
Sekitar majlis

Pbb Terima Kasih Pdrm
Sekitar majlis

Pbb Terima Kasih Pdrm
Sekitar majlis

Pbb Terima Kasih Pdrm
Sekitar majlis

Pbb Terima Kasih Pdrm
YDH Superintenden Lim Eng Haw, Timbalan Ketua Kontinjen UNPOL Malaysia ketika memberi ucapan

Pbb Terima Kasih Pdrm
Penyampaian cenderahati

Pbb Terima Kasih Pdrm
Penyampaian cenderahati

Pbb Terima Kasih Pdrm
Penyampaian cenderahati

Pbb Terima Kasih Pdrm
Bergambar kenangan

Pbb Terima Kasih Pdrm
Sekitar majlis

Pbb Terima Kasih Pdrm
Ketika sidang media
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 3.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM