Pgu Rangka Kolaborasi Latihan Bersama Special Operations Command Amerika Syarikat As
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2016 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal memantapkan kemahiran warganya menerusi kolaborasi latihan taktikal dan operasi bersama pihak Special Operations Command.
Dalam satu mesyuarat khas untuk membincangkan isu-isu kolaborasi berkaitan latihan taktikal menggunakan platform udara, kedua-dua pihak melahirkan hasrat secara positif untuk mengembangkan keupayaan PDRM khususnya tindakan operasional PGU dalam menangani ancaman keselamatan dan keamanan negara.
Komander Pasukan Gerakan Udara, Dato’ S. Sathiya Seelan yang mewakili Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman, telah mengalu-alukan kedatangan rombongan delegasi Special Operations Command dan Kedutaan Amerika Syarikat ke Pangkalan Semenanjung Pasukan Gerakan Udara, Sg.Besi.
Mesyuarat ulung kali ini yang dipengerusikan oleh Komander Pasukan Gerakan Udara, Dato’ S. Sathiya Seelan turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan kedutaan A.S, Kolonel Forrest Hare, Komandan Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Ipoh, ACP Mohd Rafique Ramli Arifin serta ahli delegasi lain seramai sembilan pegawai kanan Special Operations Command AS dan pegawai-pegawai kanan PGU.
Mesyuarat ini juga telah merintis jalan untuk perbincangan susulan bagi merealisasikan objektif kolaborasi taktikal di antara PGU dan Special Operations Command dengan pembabitan secara bersepadu elemen elemen taktikal Jabatan KDNKA yang lain seperti PGK dan Komando 69.
Ketibaan delegasi diketuai oleh Kolonel Forrest Hare disambut oleh Dato’ S. Sathiya Seelan.
Kolonel Forrest Hare menandatangani buku pelawat Pangkalan Semenanjung Pasukan Gerakan Udara, Sg.Besi.
Sekitar mesyuarat.
Sekitar mesyuarat.
Dato’ S. Sathiya Seelan menyapiakan cenderahati kepada Kolonel Forrest Hare.
Gambar kenangan.