Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

POLIS TAHAN JURUJUAL KERETA BERSAMA DADAH BERNILAI RM80,000

Diterbitkan: 17 Aug 2016 12.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bukit Mertajam, 17 Mei 2016 - Seorang jurujual kereta ditahan dan polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM80,000 dalam pemeriksaan di hadapan sebuah hotel di Jalan Juru, Bukit Tengah di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-jurujual-kereta-bersama-dadah-bernilai-rm80-000-20160817
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:29 MYT
Bukit Mertajam, 17 Mei 2016 - Seorang jurujual kereta ditahan dan polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM80,000 dalam pemeriksaan di hadapan sebuah hotel di Jalan Juru, Bukit Tengah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata turut dirampas bersama lelaki berusia 37 tahun dalam pemeriksaan pencegahan jenayah pada pukul 5 petang itu ialah sepucuk pistol angin bersama satu kelopak peluru.

"Lelaki itu disyaki pengedar dadah dan aktif sejak beberapa bulan lepas. Polis juga merampas empat telefon bimbit pelbagai jenama dan satu alat penimbang digital," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis menemui 2,260 biji pil eramin, 5,390 gram (g) syabu dan 30g ketamin di dalam kereta lelaki terbabit yang diletakkan tidak jauh dari kawasan hotel itu.

Rusli berkata polis percaya lelaki terbabit mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket sebelum membungkusnya sendiri dalam kuantiti kecil dan mengedarkan kepada pelanggannya.  

Lelaki yang positif dadah itu kini direman sehingga 23 Mei bagi membantu siasatan, katanya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Aug 2016 12.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM