Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pgu Lakukan Penerbangan Ihsan Turunkan Pendaki Di Gunung Tahan

Published: 17 Mar 2022 11.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Lipis, 17 Mac 2022 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan penerbangan ihsan bagi membawa turun seorang pendaki dari Kem Kor, Gunung Tahan, di sini semalam selepas mangsa kehabisan tenaga dan lemah kerana mengalami cirit-birit selama dua hari.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pgu-lakukan-penerbangan-ihsan-turunkan-pendaki-di-gunung-tahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:14 MYT
Lipis, 17 Mac 2022 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan penerbangan ihsan bagi membawa turun seorang pendaki dari Kem Kor, Gunung Tahan, di sini semalam selepas mangsa kehabisan tenaga dan lemah kerana mengalami cirit-birit selama dua hari.

Operasi yang diketuai oleh Juruterbang, Superintendan Mohd Fairuz Jamil itu menggunakan helikopter jenis Agusta Westland AW 139 bersama Pembantu Juruterbang, ASP Vithayaran Nair Muttapan, "Hoist Operator", Sub Inspektor Mohd Yani Abd Malek dan "Rescuer", Sarjan Mejar Muhamad Syahir Muhamad Nazir.

Turut sama dalam penerbangan tersebut ialah Ketua Polis Balai Merapoh, Inspektor Kamarul Azizee Kamarazi, dua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang pemandu pelancong.

Sejurus tiba di lokasi operasi, mangsa bersama seorang rakannya segera dibawa menaiki helikopter. Walau bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan daripada petugas KKM.

Superintendan Mohd Fairuz berjaya mendaratkan helikopter di Padang Majlis Daerah Lipis bagi menurunkan jenazah mangsa dan penumpang-penumpang lain yang terlibat.

ArticlePublished 17 Mar 2022 11.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM