Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kop Mantap Berhad Meterai Mou Bersama Empat Rakan Strategik

Diterbitkan: 17 Mar 2022 11.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Cheras, 17 Mac 2022 - Anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM), KOP Mantap Berhad hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama empat rakan strategik bagi mencari peluang kerjasama perniagaan dalam negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kop-mantap-berhad-meterai-mou-bersama-empat-rakan-strategik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:48 MYT
Cheras, 17 Mac 2022 - Anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM), KOP
Mantap Berhad hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama empat rakan strategik bagi mencari peluang kerjasama perniagaan dalam negara.

Empat rakan strategik tersebut ialah Syarikat HeiTech Padu Berhad, Syarikat Simba Electric Group Sdn Bhd, Syarikat Percetakan Surya Sdn Bhd dan Syarikat Nasdeem Ventures Sdn Bhd.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Naib Yang Dipertua KPDRM, DIG Dato' Razarudin Husain, kerjasama tersebut sebagai satu usaha merintis jalinan kerjasama baharu demi manfaat yang pelbagai kepada ahli KPDRM khasnya dan warga Polis amnya.

"Melihat kepada prestasi semasa KPDRM, saya juga yakin bahawa inisiatif yang dibentuk menerusi perjanjian persefahaman yang termeterai, mampu mengukuhkan lagi kedudukan koperasi ke tahap yang lebih baik," ucap beliau dalam majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini.

Perjanjian tadi dimeterai antara Ketua Pegawai Eksekutif KOP Mantap Berhad, Dato' Ir. Ts. Hj. Wan Nazri Hj. Wan Aria dengan Pengerusi HeiTech Padu Berhad, Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib, Pengerusi Eksekutif Simba Electric Group Sdn Bhd, Dato’ Harjit Singh Dalliwall, Pengarah Urusan Percetakan Surya Sdn Bhd, Haji Roslan Sabdin dan Pengarah Pengurusan Nasdeem Ventures Sdn Bhd, Dato’ Mohd Nasir Mohd Kassim sambil disaksikan oleh Dato' Razarudin bersama Pengerusi KPDRM, Dato' Hasanuddin Hassan.

Sebagai rekod, KPDRM menerusi penilaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Dasar Koperasi Negara pada tahun 2021, berjaya menduduki tangga ke-4 dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik di Malaysia.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman Merangkap Bendahari KPDRM, DCP Dato’ Nerita Yaacob dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Tan Chong Jin.

Jurugambar: Lans Koperal Mohd Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 1 person and text that says 'OLIS DIRA UALA LUM LAYSIA @ΠΑΣ RAZARUDIN IKPDRM MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALA LUMPUR'

May be an image of indoor

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 11 people, people standing and text that says 'MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN [ MoU IANTARA KOP MANTAP BERHAD BERSAMA RAK
ArtikelDiterbitkan 17 Mar 2022 11.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM