Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pgm Wilayah Dua Tahan 13 Pendatang Tanpa Izin Di Batu Layar

Published: 16 Jun 2014 3.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
JOHOR BAHARU, 8 Jan (Bernama) -- Sekumpulan 13 pendatang tanpa izin ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua pada Sabtu ini kerana memasuki negara ini secara haram...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pgm-wilayah-dua-tahan-13-pendatang-tanpa-izin-di-batu-layar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:27 MYT
JOHOR BAHARU, 8 Jan (Bernama) -- Sekumpulan 13 pendatang tanpa izin ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua pada Sabtu ini kerana memasuki negara ini secara haram.

Mereka yang ditahan dalam "Ops Rantau" pada pukul 4.30 pagi itu terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 20 dan 45 tahun. Mereka dikesan memasuki pantai Batu Layar di Pengerang dengan menggunakan bot panjang.

Ketika dihampiri, kumpulan yang dipercayai dari Indonesia itu cuba melarikan diri ke kawasan semak di pantai berkenaan, kata Timbalan Komander PGM Wilayah Dua, Supt N Kalai Chelven dalam kenyataan di sini.

Mereka kemudian dibawa ke balai polis Sungai Rengit untuk disiasat kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan memasuki negara ini melalui pangkalan yang tidak diwartakan.

PGM turut merampas sebuah bot fiber panjang berukuran 8.2 x 1.82 meter dengan dua enjin sangkut 200 kuasa kuda jenis Yamaha.
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM