Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pgm Tawau Gagalkan Cubaan Seludup

Published: 13 Jun 2014 6.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau mengagalkan cubaan menyeludup keluar gula, daging ayam dan telor ayam bernilai lebih RM23,000 ke negara jiran. Sebanyak 792 paket gula pasir, 170kg daging ayam dan 75..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pgm-tawau-gagalkan-cubaan-seludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:57 MYT

TAWAU, 28 Mei 2010 -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau mengagalkan cubaan menyeludup keluar gula, daging ayam dan telor ayam bernilai lebih RM23,000 ke negara jiran malam Khamis.

Pemangku Pegawai Pemerintah PGM Tawau, ASP Mohammad Ismail berkata sebanyak 792 paket gula pasir, 170kg daging ayam dan 75 kotak telur ayam dengan setiap kotak mengandungi 30 biji telur dirampas.

Katanya kesemua barangan berkenaan dirampas kira-kira 9 malam tadi dari sebuah bot yang dalam perjalanan ke Berau, Indonesia, ketika anggota PGM membuat rondaan Ops Octopus di kawasan perairan Tanjung Batu.

Mohammad berkata juragan dan empat awak-awak yang berusia antara 20-an hingga 50-an ditahan.

Mereka akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Jabatan Imigresen untuk tindakan, katanya.

ArticlePublished 13 Jun 2014 6.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM