Pgm Tawau Gagalkan Cubaan Seludup
TAWAU,
28 Mei 2010 -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau mengagalkan cubaan
menyeludup keluar gula, daging ayam dan telor ayam bernilai lebih
RM23,000 ke negara jiran malam Khamis.
Pemangku
Pegawai Pemerintah PGM Tawau, ASP Mohammad Ismail berkata sebanyak 792
paket gula pasir, 170kg daging ayam dan 75 kotak telur ayam dengan
setiap kotak mengandungi 30 biji telur dirampas.
Katanya
kesemua barangan berkenaan dirampas kira-kira 9 malam tadi dari sebuah
bot yang dalam perjalanan ke Berau, Indonesia, ketika anggota PGM
membuat rondaan Ops Octopus di kawasan perairan Tanjung Batu.
Mohammad berkata juragan dan empat awak-awak yang berusia antara 20-an hingga 50-an ditahan.
Mereka
akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan dan Jabatan Imigresen untuk tindakan, katanya.