Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pgm Pengkalan Kubor Rampas Barangan Bernilai Lebih Rm1 6 Jut

Published: 16 Jun 2014 2.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
TUMPAT, 19 Sept (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor membuat 283 rampasan membabitkan barangan bernilai RM1.608 juta sejak Januari lepas, termasuk beras Siam yang diseludup masuk d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pgm-pengkalan-kubor-rampas-barangan-bernilai-lebih-rm1-6-jut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:28 MYT
TUMPAT, 19 Sept - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor membuat 283 rampasan membabitkan barangan bernilai RM1.608 juta sejak Januari lepas, termasuk beras Siam yang diseludup masuk dari negara jiran.

Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor DSP Tan Cheng San berkata, terdapat penurunan dalam jumlah kes sebanyak 62 atau 20 peratus, berbanding 345 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Rampasan beras sahaja sejak Januari lepas hingga hari ini ialah sebanyak 36,486 kilogram bernilai RM118,089, sedangkan tempoh yang sama tahun lepas, rampasan beras Siam ialah sebanyak 14,607 kilogram bernilai RM58,492," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya pada Ahad.

Beliau berkata barangan lain yang dirampas termasuk kain tudung, pakaian, minyak masak, gula, petrol, diesel, haiwan, dan kenderaaan bernilai RM1.442 juta.

Katanya, seramai 56 individu telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kastam, Akta Perikanan, Akta Dadah Berbahaya, Akta Padi dan Beras Negara, Akta Kawalan Bekalan, Akta Imigresen, Akta Perhilitan serta Ordinan Haiwan.

Mereka yang ditahan serta barang rampasan telah diserahkan kepada agensi terbabit untuk tindakan lanjut.

Tan juga berkata jumlah kompaun yang dikutip PGM tahun ini ialah RM47,716 berbanding RM49,808 bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.
ArticlePublished 16 Jun 2014 2.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM