Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pgm Patahkan Cubaan Seludup Balak Haram

Published: 13 Jun 2014 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
PGM menemui 392 batang kayu balak haram pelbagai jenis bernilai RM196,000. Kesemua kayu itu dicampurkan dengan 120 kayu yang mempunyai pengesahan Sarawak Forestry Corporation..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pgm-patahkan-cubaan-seludup-balak-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:18 MYT

KUCHING 23 April 2010 - Cubaan satu sindiket yang mencampurkan balak haram dan sah bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa, berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Marin (PGM) hasil pemeriksaan sebuah kapal di perairan Sungai Sarawak malam tadi.

Kejayaan tersebut diperoleh kira-kira pukul 8 malam setelah sepasukan anggota itu menahan kapal terbabit yang disyaki membawa muatan berlebihan.

Hasil pemeriksaan, pasukan itu menemui 392 batang kayu balak haram pelbagai jenis bernilai RM196,000. Kesemua kayu itu dicampurkan dengan 120 kayu yang mempunyai pengesahan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Ketua Bahagian Risikan dan Operasi PGM Wilayah 5, Deputi Superintendan Mohd. Razlin Abdul Manaf berkata, berikutan itu, seorang juragan serta empat krew kapal termasuk tiga daripadanya warga asing ditahan bagi membantu siasatan.

"Juragan serta krew kapal berkenaan ditahan mengikut Seksyen 71 (1) Ordinan Perhutanan 1958," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kayu balak berkenaan dipercayai dibawa dari Sri Aman untuk dihantar ke kilang pemprosesan kayu di bandar ini.  Rampasan itu merupakan kes pertama membabitkan kayu balak haram yang dilaporkan berlaku di Sungai Sarawak sepanjang Januari hingga April tahun ini.

"Kita percaya tindakan mereka mencampurkan kayu balak haram dengan kayu balak sah adalah bagi mengelak pihak syarikat daripada membayar cukai," katanya.

Sementara itu, Mohd. Razlin berkata, PGM berjaya merampas kayu balak bernilai kira-kira RM2 juta membabitkan 14 kes rampasan di seluruh Sarawak dari Januari hingga April tahun ini.

Tambahnya, Sibu merupakan lokasi rampasan balak terbanyak dengan tujuh kes diikuti Sarikei (lima) dan Kuching (dua).

ArticlePublished 13 Jun 2014 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM