Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Benjee Tumpas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Penangkapan suspek seramai 7 lelaki tempatan yang berusia antara 26 hingga 51 tahun berjaya menyelesaikan 12 kes rompakan dan kes pecah rumah di kediaman mewah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-benjee-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:41 MYT

KOTA KINABALU - 15 April 2010. Pihak Polis Kontinjen Sabah berjaya menumpaskan sebuah kumpulan pecah rumah yang dikenali sebagai ‘Geng Benjee’. Kumpulan ini dipercayai terlibat dengan beberapa kes pecah rumah melibatkan kediaman mewah sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan dalam tempoh dua bulan tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Noor Rashid bin Ibrahim dalam kenyataannya menyatakan bahawa penangkapan suspek seramai 7 lelaki tempatan yang berusia antara 26 hingga 51 tahun berjaya menyelesaikan 12 kes rompakan dan kes pecah rumah di kediaman mewah. Kerugian hasil daripada perlakuan jenayah kumpulan ini dianggarkan sebayak RM 1.8 juta. Sebahagian barang-barang yang dirompak telah berjaya ditemui semula.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM