Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pga Tahan 62 Pendatang Turki

Published: 19 Jun 2014 2.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Keinginan untuk menikmati hidup senang dengan gaji lumayan seperti diceritakan rakan-rakan yang telah menetap di Malaysia menjadi punca 62 warga Turki bertekad menyelinap masuk ke Negara ini secara ha..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pga-tahan-62-pendatang-turki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:53 MYT

Keinginan untuk menikmati hidup senang dengan gaji lumayan seperti diceritakan rakan-rakan yang telah menetap di Malaysia menjadi punca 62 warga Turki bertekad menyelinap masuk ke Negara ini secara haram melalui sempadan Thailand.

Bagaimanapun kesemua mereka termasuk 24 orang kanak-kanak ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan rondaan rutin berdekatan pagar sempadan Malaysia-Thailand di Pos Padang Besar 16 dan 17.

Menurut pihak polis, kehadiran PATI terbabit disedari anggota PGA yang berkawal di pos berkenaan yang terlihat pergerakan manusia.

Pga Tahan 62 Pendatang Turki
Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM