Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pga Tahan 19 Warga Myanmar Di Sempadan

Published: 18 Jun 2014 1.12 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Padang Besar, 17 Sept - Sebanyak 19 warga Myanmar termasuk dua wanita ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika cuba meninggalkan negara ini melalui jalan sempadan di sini awal hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pga-tahan-19-warga-myanmar-di-sempadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:17 MYT

Padang Besar, 17 Sept - Sebanyak 19 warga Myanmar termasuk dua wanita ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika cuba meninggalkan negara ini melalui jalan sempadan di sini awal hari ini.

Ketua Kompani A, Batalion 3 PGA, ASP Rosdi Ghani berkata mereka ditahan berhampiran stesen keretapi Padang Besar kira-kira pukul 4 pagi ketika cuba memasuki Thailand melalui jalan keselematan itu.

Menurutnya salakan anjing di kawasan berkenaan membantu pihaknya mengesan kedudukan kumpulan itu yang berumur antara 20 dan 35 tahun dan kesemuanya ditahan dengan mudah walaupun ada yang cuba melarikan diri.

Rosdi yang mengetuai gerakan mengesan para pendatang asing itu berkata siasatan awal mendapati mereka yang telah bekerja di negara ini antara empat bulan dan lima tahun mahu pulang ke negara mereka berikutan operasi penguatkuasaan yang sedang giat dijalankan di Malaysia.

Mereka yang ditahan adalah pekerja dalam pelbagai sektor di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dan PGA percaya kehadiran mereka ke sempadan untuk pulang ke Myanmar melalui Thailand itu diurus oleh tekong darat, katanya.

Rosdi berkata selain memiliki mata wang Ringgit, para pendatang yang semuanya gagal menunjukkan dokumen perjalanan itu turut memiliki mata wang Myanmar. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.12 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM