Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pga Rampas Daun Ketum Bernilai Rm32 000 Di Sempadan Perlis T

Published: 18 Jun 2014 3.19 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Padang Besar, 6 Nov - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 11 guni daun ketum seberat 400 kilogram yang dianggar bernilai RM32,000 berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad, di sini awal hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pga-rampas-daun-ketum-bernilai-rm32-000-di-sempadan-perlis-t
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:15 MYT

Padang Besar, 6 Nov - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 11 guni daun ketum seberat 400 kilogram yang dianggar bernilai RM32,000 berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad, di sini awal hari ini.

Ketua Kompeni B, Batalion 10 PGA, ASP Azmi Abd Aziz berkata daun ketum terbabit dipercayai ditinggalkan oleh penyeludup selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

Guni yang mengandungi daun ketum terbabit ditemui berlonggok-longgok di pinggir tembok sempadan kira-kira pukul 5 pagi ketika anggota PGA sedang melakukan rondaan, katanya dalam sidang media, di sini.

Beliau berkata guni daun ketum terbabit dipercayai diangkut menggunakan motosikal ke situ untuk diseludup ke negara jiran dengan cara membalingnya melepasi tembok sempadan.

Di Thailand harga daun ketum ini mahal iaitu sekitar RM80 sekilo berbanding di pasaran tempatan hanya RM15 dan RM30 sekilo, sekali gus mendorong kegiatan penyeludupan ini, katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.19 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM