Pga Perkep Kudat Meraikan Anak Anak Yatim
Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat telah berganding bahu untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Baitul Amin.
Menurut Ketua Kompeni C, PGA Kudat, ASP Mohd Zaiful Zahari, program seumpama ini dijalankan adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim disamping menzahirkan rasa simpati dan kasih sayang kepada anak-anak yatim di rumah tersebut.
Disamping berkhidmat untuk negara, PGA turut membahagikan masa untuk mengadakan program-program amal seumpama ini agar pelbagai aktiviti yang baik seperti bergotong royong, membantu adik-adik yang sedang bersekolah untuk belajar dan memberikan sumbangan berupa makanan dan wang saku kepada mereka yang memerlukan dapat diadakan.
Sumber: Utusan Borneo (Sabah)