Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Petronas Prihatin

Published: 12 Jun 2014 6.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 19 April 2013 - Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat minyak dan gas utama negara iaitu PETRONAS.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/petronas-prihatin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:30 MYT
Oleh : Konst. Muhammad Iqtar Bin Azmi

Kuala Lumpur, 19 April 2013 – YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat minyak dan gas utama negara iaitu PETRONAS. 

Sumbangan ini merupakan yang terbesar semenjak Op Daulat dilancarkan, yang mana telah menyaksikan seramai 8 orang perwira PDRM dan 2 orang perwira ATM terkorban, termasuklah 10 yang tercedera di pihak PDRM. 

Sumbangan khas dalam bentuk wang tunai kepada Tabung Kebajikan PDRM untuk 10 orang perwira yang tercedera dan kepada setiap keluarga waris melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) khas buat 19 orang anak-anak perwira yang terkorban. 

Manakala bagi perwira yang terkorban dan masih belum berkahwin, sumbangan disalurkan terus kepada waris terdekat. Sumbangan disampaikan oleh Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Chief Operating Officer & EVP Downstream Busines mewakili PETRONAS di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. 

Ini merupakan satu langkah bijak daripada PETRONAS bagi menjamin masa depan keluarga serta anak-anak perwira Op Daulat yang mana telah menyabung nyawa di perbatasan demi mempertahankan Tanah air tercinta. 

Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zain Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai kanan polis, Pegawai-pegawai kanan ATM, dan pegawai kanan Petronas.

Petronas Prihatin
Ketibaan YDH IG Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zain Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Petronas Prihatin
Sesi menandatangani buku melawat.

Petronas Prihatin
Bacaan Doa.

Petronas Prihatin
Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Chief Operating Officer & EVP Downstream Busines menyampaiakan ucapan mewakili PETRONAS.

Petronas Prihatin
YDH IG Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

Petronas Prihatin
Petronas Prihatin
Sesi penyampaian sumbangan.

Petronas Prihatin
Petronas Prihatin
Sesi penyampaian cenderamata.

Petronas Prihatin
Petronas Prihatin
Keberangkatan pulang.

Petronas Prihatin
Sesi Bergambar kenangan.
ArticlePublished 12 Jun 2014 6.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM