Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pesara Jpj Ditahan Disyaki Jual Lesen Kad Pengenalan Palsu

Diterbitkan: 12 Aug 2015 10.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Baharu, 12 Ogos- Seorang pesara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan polis kerana dipercayai menjual lesen memandu dan kad pengenalan palsu, yang dihasilkannya hampir 90 peratus menyerupai dokumen asal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pesara-jpj-ditahan-disyaki-jual-lesen-kad-pengenalan-palsu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:52 MYT

Kota Baharu, 12 Ogos- Seorang pesara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan polis kerana dipercayai menjual lesen memandu dan kad pengenalan palsu, yang dihasilkannya hampir 90 peratus menyerupai dokumen asal.

Pesara berusia 57 tahun itu, ditahan dalam satu serbuan dinamakan Ops Lejang di kediamannya di Jalan Binjai, Mulong di sini, pada 2 Ogos lepas.

Ketua Polis Kelantan Dato' Mazlan Lazim berkata polis memandang serius kes itu kerana aktiviti jenayah itu membahayakan dan mengancam keselamatan negara.

"Daripada siasatan awal mendapati aktiviti pemalsuan dokumen itu dilakukan di sebuah bilik khas di rumah suspek tanpa diketahui anggota keluarganya.

"Kami percaya aktiviti tersebut dilakukan berdasarkan latar belakang pekerjaan suspek yang mempunyai kemahiran dan kenalan untuk kegiatan tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk enam buah komputer riba, mesin cetak, mesin pengimbas dan cop bertulis pengarah keselamatan dan kesihatan negeri Kelantan.

Selain itu, polis turut merampas 13 lesen memandu dan tiga kad pengenalan palsu serta 61 keping kad yang belum dicetak.

Beliau berkata polis telah menahan reman pesara itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pihaknya kini sedang menjejaki pelanggan yang telah mendapatkan dokumen palsu berkenaan daripada pesara itu, katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2015 10.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM