
Artikel
Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Tahun 2023
Saya dan seisi keluarga serta barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Gong Xi Fa Cai” kepada warga Pasukan...
Saya dan seisi keluarga serta barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Gong Xi Fa Cai” kepada warga Pasukan serta seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.
Sudah menjadi tradisi Tahun Baharu Cina disambut dengan meriah bersama seisi keluarga dan sanak saudara. Semoga, dengan kedatangan tahun baharu ini, akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan masing-masing di samping menyuburkan rasa hormat-menghormati sesama kaum. Suka juga saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mengekalkan perpaduan dalam integrasi masyarakat berbilang kaum di dalam negara yang menjadi kunci utama kepada keharmonian yang dikecapi pada hari ini.
PDRM akan sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan keamanan negara sentiasa terpelihara khususnya pada musim perayaan ini. Bagi mereka yang merancang untuk meninggalkan kediaman masing-masing, pastikan langkah-langkah keselamatan diberi perhatian yang sewajarnya. Pastikan juga kenderaan telah diselenggara dengan baik dan memandulah dengan berhemah serta patuhi peraturan keselamatan jalan raya yang telah ditetapkan, agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.
“Gong Xi Fa Cai”, “Xin Nian Kuai Le”
(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia