Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kanak Kanak Tercampak Dari Motosikal Cedera Ringan

Diterbitkan: 20 Jan 2023 4.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Januari 2023 - Polis mengesahkan kanak-kanak yang tercampak dari sebuah motosikal yang terbabas dan hilang kawalan di persimpangan jalan berhampiran Endah Parade di sini pada Rabu berada dalam keadaan baik.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kanak-kanak-tercampak-dari-motosikal-cedera-ringan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:38 MYT
Kuala Lumpur, 20 Januari 2023 - Polis mengesahkan kanak-kanak yang tercampak dari sebuah motosikal yang terbabas dan hilang kawalan di persimpangan jalan berhampiran Endah Parade di sini pada Rabu berada dalam keadaan baik.

Polis Kuala Lumpur dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang menyalurkan maklumat berhubung kejadian berkenaan.

“Polis Kuala Lumpur dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyalurkan maklumat bagi mengesan mangsa berkenaan.

“Penunggang motosikal dan kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras," menurut kenyataan pada Khamis.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
 
ArtikelDiterbitkan 20 Jan 2023 4.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM