Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Bulan Ramadan Tahun 2023 Masihi 1444 Hijrah

Published: 22 Mar 2023 12.32 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bismillahirrahmanirrahim
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-bulan-ramadan-tahun-2023-masihi-1444-hijrah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:17 MYT
Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Bulan Ramadan Tahun 2023 Masihi 1444 Hijrah
Home / Article / Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Bulan Ramadan Tahun 2023 Masihi 1444 Hijrah
Back to Library
Article

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Bulan Ramadan Tahun 2023 Masihi 1444 Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Marhaban Ya Ramadan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah mempertemukan kita sekali lagi dengan bulan Ramadan al-Mubarak bagi tahun 1444H.

Saya dan isteri mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam khususnya warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam bulan yang mulia ini, marilah kita memohon maghfirah atau pengampunan daripada Allah SWT atas segala dosa-dosa kita selama ini. Mengambil keberkatan bulan seribu rahmat ini juga, marilah sama-sama kita memanjatkan doa semoga segala pengorbanan dan keringat yang telah dicurahkan demi pertiwi tercinta ini, akan diterima sebagai ibadah dan diberikan ganjaran terbaik oleh-Nya.

Selamat melalui bulan tarbiyah dan penuhilah ia dengan nikmat iman dan Islam dengan secukupnya. Sama-samalah kita berdoa, agar kita menjadi insan terpilih dalam mengejar ganjaran Lailatul Qadar, Insya-Allah.

Semoga Ramadan kali ini memberi peluang untuk kita memperbaiki amalan bagi merebut ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT serta mendorong kita menjadi insan yang lebih bertaqwa.

SALAM RAMADAN KAREEM

(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

 
ArticlePublished 22 Mar 2023 12.32 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM