
Artikel
Timbalan Kpn Iring Mdn Rasmi Townhall Ikon Madani Di Uitm Shah Alam
Shah Alam, 22 Mac 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi hadir mengiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri...
Shah Alam, 22 Mac 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi hadir mengiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Program Townhall Ikon Madani (IKON) di Dewan Mawar Qaseh, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, di sini.
IKON yang dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan DXN Holdings Berhad itu dihadiri lebih 2,000 pelajar yang terdiri daripada pelajar UiTM dan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Program berkonsepkan bual bicara bersama para graduan institusi pengajian tinggi itu menampilkan tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya dalam lapangan bidang masing-masing, seterusnya berkongsi idea dan pengalaman dengan hasrat bagi melahirkan lebih ramai graduan bermentaliti kelas pertama. Menerusi program tadi, Datuk Seri Saifuddin berbesar hati mengadakan sesi soal jawab bersama para graduan yang hadir.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ahli MAIWP Merangkap Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Profesor Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Jabatan Penjara Malaysia, Dato’ Ibrisam Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, Pengasas DXN Holdings Berhad, Datuk Dr. lim Siow Jin, Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, KP Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan dan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin