Perubahan Ke Arah Memperkasakan Pasukan Dan Pemantapan Integriti
Kubang Semang, Seberang Perai Tengah , 20 April 2011 - YDH Ketua Polis Negara dalam ucapannya pada hari menjelaskan, sejajar dengan 'Government Transformation Plan'
(GTP) yang digagaskan kerajaan, warga-warga PDRM sewajarnya mengambil
kira intipati gagasan tersebut dalam penambahbaikan lahiriah dan jati
diri seterusnya ke arah memperkasakan pasukan dan pemantapan integriti
mereka.
Perubahan ini menurutnya adalah menjurus kepada
peningkatan pemahaman serta pempraktikkan ilmu keagamaan, moraliti,
sahsiah diri dan kualiti kepimpinan dalam setiap diri warga PDRM
khususnya.
Dalam pada itu, beliau menggalakkan kerjasama
berterusan di antara pihak polis dan masyarakat sekeliling dalam
pembentukan suasana persekitaran komuniti yang selamat untuk didiami.
Beliau
berucap semasa majlis jamuan makan di Madrasah Manabi'ul Ulum, Penanti
sempena Program High Profile Policing & Walkabout bersama Ketua
Polis Negara pada hari ini.
Program 'Walkabout' yang
mengambil tempat di sekitar Pekan Penanti, Kubang Semang mendapat
sambutan di luar jangkaan oleh masyarakat setempat di mana mereka dapat
melihat dengan lebih dekat tokoh kepimpinan PDRM tertinggi tersebut.
YDH
Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar yang cukup dikenali dengan perwatakan
mesranya turut melawat ke setiap kedai dan berinteraksi dengan lebih
dekat dengan orang ramai yang mana peluang ini jarang sekali diperolehi
oleh penduduk di sini.
Sesi 'Walkabout' ini disusuli
dengan lawatan dan solat berjemaah bersama pelajar di Masjid Kubang
Ulu, Kubang Semang dan penghujung program pada hari ini diakhiri dengan
upacara penyampaian sumbangan kepada anak-anak penghuni Madrasah
Manabi'ul Ulum, penyampaian cenderahati dan surat penghargaan kepada
ketua-ketua komuniti sekitar Kubang Semang.
Program pada
petang ini turut dihadiri YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Yaakob, Ketua
Polis Pulau Pinang, YDH ACP Azman bin Abd Lah, Ketua Polis Daerah
Seberang Perai Tengah, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan penduduk setempat.
Wakil-wakil media bersama YDH Ketua Polis Negara di perkarangan Balai Polis Kubang Semang.
Gambar sekitar 'High Profile Policing 'Walkabout di Pekan Kubang Semang
YDH Ketua Polis Negara melawat Sekolah Rendah Islam Manabi'ul Ulum, Kubang Ulu, Bukit Mertajam
Menyampaikan takzirah setelah selesai menunaikan Solat Asar
Jamuan minum petang...
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara
YDH
Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Al Fadil Ustaz
Badrul Azhar bin Bakar, guru agama Madrasah Manabi'ul Ulum.
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan Surat Penghargaan
YDH ACP Azman bin Abd Lah, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Fansus bin Jangor