Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pertunjukkan Demo Meriahkan Sambutan Hari Ulang Tahun Vat 69 Ke47

Diterbitkan: 24 Oct 2016 7.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ipoh, 23 Oktober 2016 - Sambutan Hari Ulang Tahun Unit 69 Komando atau VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lapang Sasar, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, pagi tadi, telah dimeriahkan dengan pertunjukkan demo kemahiran unit elit PDRM itu yang berjaya memukau penonton dengan pelbagai persembahan dan aksi yang mendebarkan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertunjukkan-demo-meriahkan-sambutan-hari-ulang-tahun-vat-69-ke47
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT

Ipoh, 23 Oktober 2016 - Sambutan Hari Ulang Tahun Unit 69 Komando atau VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lapang Sasar, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, pagi tadi, telah dimeriahkan dengan pertunjukkan demo kemahiran unit elit PDRM itu yang berjaya memukau penonton dengan pelbagai persembahan dan aksi yang mendebarkan.

Lebih manis, sambutan dan pertunjukkan demo pada tahun ini dihadiri dan disaksikan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar yang diringi oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) PDRM, Dato' Sri Muhammad Sabtu Osman.

Sebagai pembuka tirai, tetamu kehormat dan penonton yang hadir dipersembahkan dengan persembahan 'Gayung Perang' dan seni mempertahankan diri yang bertujuan untuk memperlengkapkan dan mempersiapkan anggota-anggota 69 Komando dalam pelbagai operasi dan rutin kecergasan harian mereka.

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan persembahan operasi menyelamat tawanan yang turut melibatkan beberapa unit dalam 69 Komando seperti "Counter Insurgency Warfare, Counter Terrorist Team, Airborne" dan kolaborasi bersama Unit Udara PDRM yang menggunakan helikopter polis.

Dalam persembahan tersebut, tetamu kehormat dan penonton yang hadir dikejutkan dengan pelbagai aksi yang mencemaskan dengan berlatar belakangkan bunyi letupan peledak dan tembakan senjata api canggih yang sebenar.

Ketua Polis Negara dalam ucapan beliau menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada warga 69 Komando yang telah membuktikan kepada negara dan rakyat keseluruhannya bahawa kewujudkan mereka sejak zaman era darurat lagi sehingga kini sememangnya kekal relevan dan membanggakan PDRM.

"Sememangnya 69 Komando atau VAT (Very Able Troopers) 69 ini adalah antara pasukan terbaik di dunia dan syabas buat warganya yang sememangnya dipilih dari kalangan yang terbaik daripada yang terbaik dalam PDRM!," ujar Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam majlis tersebut turut disampaikan sumbangan dan cenderahati kepada 54 para veteran dan bekas polis Orang Asli atau 'Senoi Praaq' Unit 69 Komando yang telah berjuang menentang ancaman pengganas komunis suatu masa dahulu.

Hadir sama memeriahkan sambutan adalah Timbalan Ketua Polis Perak, Dato' Hasnan Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Pasukan Gerakan Khas), Dato' Azizan Abd Aziz, Komander 69 Komando, Dato' Fisol Salleh, Komander-Komander di bawah Jabatan KDN/KA, Komander-Komander Briged, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia ( JAKOA ), Tuan Mohd Jamaluddin bin Kasbi, para pegawai kanan PDRM, rakan-rakan media dan masyarakat setempat.

IMG_3857
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar meyaksikan demo...

_MG_0586
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menandatangani buku pelawat...

IMG_3973
Ucapan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar...


IMG_3965
ucapan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) PDRM, Dato' Sri Muhammad Sabtu Osman.

IMG_3862
Persembahan selamat datang 

_MG_1247
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar semasa tembak senjata Sniper..

_MG_1358
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bergambar bersama veteran Bekas Polis Orang Asli Unit 69 Komando 




ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2016 7.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM