Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penerbangan Sulung Helikopter Pdrm Jenis Agusta Westland Aw 139

Diterbitkan: 26 Oct 2016 8.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2016 – Pesawat helikopter jenis Agusta Westland AW 139 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan penerbangan sulung pagi ini di Pengkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Jalan Lapangan Terbang Lama, Sg. Besi, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penerbangan-sulung-helikopter-pdrm-jenis-agusta-westland-aw-139
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2016 – Pesawat helikopter jenis Agusta Westland AW 139 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan penerbangan sulung pagi ini di Pengkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Jalan Lapangan Terbang Lama, Sg. Besi, di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid  Abu Bakar bersama Komander Pasukan Gerakan Udara, Dato’ S. Sathiya Seelan turut menyertai penerbangan sulung pesawat tersebut.

PDRM menerima dua buah helikopter saiz sederhana buatan Itali jenis Agusta Westland AW 139 ini yang diperoleh di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK 9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10).

Pesawat ini mampu memuatkan 15 penumpang dalam satu-satu masa dan berfungsi bagi tugas pemantauan lalu lintas, operasi menyelamat serta menjalankan kolaborasi bersepadu bersama-sama unit-unit lain.

Perolehan pesawat helikopter ini merupakan detik bersejarah kepada PDRM yang akan menjadikan PGU setanding dengan lain-lain organisasi penerbangan bertaraf dunia.

Penerbangan sulung tersebut juga disertai oleh Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohd. Khalil Kader, Bekas Pengarah Jabatan KDNKA, Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dan Dato’ Johari Harun dari Galaxy Helicopters Sdn. Bhd.

_MG_4247 copy
Pesawat helikopter jenis Agusta Westland AW 139 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

_MG_4320 copy
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid  Abu Bakar.

_MG_4335 copy
Komander Pasukan Gerakan Udara, Dato’ S. Sathiya Seelan menunjukkan bahagian-bahagian kepada Ketua Polis Negara.

_MG_4356 copy
Sebelum memulakan penerbangan.

IMG_4471 copy
Pesawat helikopter jenis Agusta Westland AW 139 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan penerbangan.

_MG_4528 copy
Gambar kenangan.
ArtikelDiterbitkan 26 Oct 2016 8.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM