Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pertemuan Kpn Dengan Kapolri

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YT Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo melahirkan rasa terharu di atas kehadiran YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar dan memberi jaminan bahawa pihak POLRI akan sentiasa bekerjasama dengan PDRM di dala..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertemuan-kpn-dengan-kapolri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:16 MYT
 

Pertemuan Kpn Dengan Kapolri

11 Mei 2012, Jakarta, Indonesia. YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara (KPN) telah mengadakan pertemuan dengan YT Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo, Kepala Kepolisian Negara Republik Indonesia (KAPOLRI) di Markas Besar POLRI, Jakarta Selatan, Indonesia.


Topik perbincangan di antara kedua pemimpin tertumpu kepada kerjasama PDRM dan POLRI, khususnya dalam bidang latihan dan jenayah. Turut mengiringi YDH Ketua Polis Negara ialah YDH SAC Datuk Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengarah JSJ (Perancangan/Strategi) dan ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah, KPP Urus Setia JSJ. Hadir sama di dalam pertemuan ini adalah YT Komjen Pol Praktiknyo, Kepala Badan Intelijen Keamanan (Kabaintelkam), YT Komjen Pol Drs Sutarman, Kepala Badan Reserse Kriminal (Kabareskrim) dan YT Komjen Pol Imam Sudjarwo, Kepala Badan Pemelihara Keamanan (Kabaharkam)

YT Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo melahirkan rasa terharu di atas kehadiran YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar dan memberi jaminan bahawa pihak POLRI akan sentiasa bekerjasama dengan PDRM di dalam melaksanakan tugas kepolisan. Beliau secara jujur menyatakan bahawa tindakan kepolisan yang diambil oleh PDRM dalam menangani perhimpunan haram serta jenayah sentiasa diikuti beliau dan difahami sepenuhnya.

Selaku KAPOLRI, beliau akan memastikan setiap masalah yang timbul di antara kedua Negara dapat ditangani secara profesional dengan semangat kesetiakawanan.

Dalam pada itu, YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas kerjasama yang baik yang dihulurkan oleh pihak POLRI, khususnya Bapak KAPOLRI sendiri. Beliau turut memberi jaminan akan memberikan segala kerjasama mahupun bantuan yang diperlukan oleh pihak POLRI. YDH Ketua Polis Negara menegaskan bahawa dalam menangani masalah yang menganggu-gugat keselamatan dan keamanan Negara, PDRM memerlukan rakan kongsi atau ‘partner’ yang mampu bekerjasama dan menghulurkan bantuan secara jujur. Menyentuh mengenai latihan, YDH Tan Sri Hj Ismail menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk menghulurkan kepakaran bagi melatih pegawai dan anggota POLRI jika diperlukan.

Sebelum itu, YDH Ketua Polis Negara telah dibawa ke Pusat Pengajian Tinggi Ilmu Kepolisian (PTIK) di Jakarta Selatan dan diberi taklimat oleh YT Irjen Pol Dr Agus Wantoro, Gabenur PTIK. YDH Tan Sri kemudiannya melaksanakan solat Jumaat bersama kakitangan PTIK dan penduduk sekitar di Masjid Darul Ilmi PTIK.


Berita dan gambar : JSJ

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM