
11
Mei 2012, Jakarta, Indonesia. YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar,
Ketua Polis Negara (KPN) telah mengadakan pertemuan dengan YT Jenderal
Polisi Drs Timur Pradopo, Kepala Kepolisian Negara Republik Indonesia
(KAPOLRI) di Markas Besar POLRI, Jakarta Selatan, Indonesia.
Topik
perbincangan di antara kedua pemimpin tertumpu kepada kerjasama PDRM
dan POLRI, khususnya dalam bidang latihan dan jenayah. Turut mengiringi
YDH Ketua Polis Negara ialah YDH SAC Datuk Mazlan bin Mansor, Timbalan
Pengarah JSJ (Perancangan/Strategi) dan ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah, KPP
Urus Setia JSJ. Hadir sama di dalam pertemuan ini adalah YT Komjen Pol
Praktiknyo, Kepala Badan Intelijen Keamanan (Kabaintelkam), YT Komjen
Pol Drs Sutarman, Kepala Badan Reserse Kriminal (Kabareskrim) dan YT
Komjen Pol Imam Sudjarwo, Kepala Badan Pemelihara Keamanan (Kabaharkam)
YT
Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo melahirkan rasa terharu di atas
kehadiran YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar dan memberi jaminan
bahawa pihak POLRI akan sentiasa bekerjasama dengan PDRM di dalam
melaksanakan tugas kepolisan. Beliau secara jujur menyatakan bahawa
tindakan kepolisan yang diambil oleh PDRM dalam menangani perhimpunan
haram serta jenayah sentiasa diikuti beliau dan difahami sepenuhnya.
Selaku
KAPOLRI, beliau akan memastikan setiap masalah yang timbul di antara
kedua Negara dapat ditangani secara profesional dengan semangat
kesetiakawanan.
Dalam
pada itu, YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar merakamkan ucapan
setinggi-tinggi terima kasih di atas kerjasama yang baik yang dihulurkan
oleh pihak POLRI, khususnya Bapak KAPOLRI sendiri. Beliau turut memberi
jaminan akan memberikan segala kerjasama mahupun bantuan yang
diperlukan oleh pihak POLRI. YDH Ketua Polis Negara menegaskan bahawa
dalam menangani masalah yang menganggu-gugat keselamatan dan keamanan
Negara, PDRM memerlukan rakan kongsi atau ‘partner’ yang mampu
bekerjasama dan menghulurkan bantuan secara jujur. Menyentuh mengenai
latihan, YDH Tan Sri Hj Ismail menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk
menghulurkan kepakaran bagi melatih pegawai dan anggota POLRI jika
diperlukan.
Sebelum
itu, YDH Ketua Polis Negara telah dibawa ke Pusat Pengajian Tinggi Ilmu
Kepolisian (PTIK) di Jakarta Selatan dan diberi taklimat oleh YT Irjen
Pol Dr Agus Wantoro, Gabenur PTIK. YDH Tan Sri kemudiannya melaksanakan
solat Jumaat bersama kakitangan PTIK dan penduduk sekitar di Masjid
Darul Ilmi PTIK.
Berita dan gambar : JSJ
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Pertemuan Kpn Dengan Kapolri
YT Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo melahirkan rasa terharu di atas kehadiran YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar dan memberi jaminan bahawa pihak POLRI akan sentiasa bekerjasama dengan PDRM di dala..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertemuan-kpn-dengan-kapolri
Scan to view the latest live version.