Article
Pertaruh Judi Ayam Ribuan Ringgit 13 Individu Ditahan
Kuala Selangor, 12 Dis 2017 - Sebuah pusat judi sabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit dekat Bukit Kuching, Jeram di sini, diserbu polis.
Kuala Selangor, 12 Dis 2017 - Sebuah pusat judi sabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit dekat Bukit Kuching, Jeram di sini, diserbu polis.
Seramai 13 individu ditahan dan 35 ekor ayam, 13 set taji ayam, empat botol ikan laga serta peralatan lain, dirampas, lapor Berita Harian.
Ribuan ribu ringgit dipercayai dipertaruhkan premis terpencil sejak beroperasi beberapa tahun lalu.
Sebahagian kaki judi datang dari luar Selangor, termasuk Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.
Serbuan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor jam 5.30 petang semalam hasil risikan sejak dua minggu lalu.
Sumber: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pertaruh-judi-ayam-ribuan-ringgit-13-individu-ditahan