Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

44 Individu Ditangkap Terlibat Judi Haram

Diterbitkan: 18 Dec 2017 6.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuching, 18 Dis 2017 - Polis Sarawak berjaya memberkas 44 kaki judi menerusi 25 serbuan berasingan yang dijalankan sepanjang minggu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/44-individu-ditangkap-terlibat-judi-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:47 MYT


Kuching, 18 Dis 2017 - Polis Sarawak berjaya memberkas 44 kaki judi menerusi 25 serbuan berasingan yang dijalankan sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, serbuan yang dijalankan di beberapa daerah itu bertujuan membanteras kegiatan judi haram yang semakin berleluasa di negeri ini.

"Seramai 27 yang ditahan terlibat dengan kegiatan judi haram, 10 lagi terlibat dengan permainan loteri haram, manakala tujuh lagi ditangkap kerana bermain sabung ayam.

"Kesemua yang ditahan berusia antara 15 hingga 67 tahun termasuk enam warga asing," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Mengulas lanjut, Dev memberitahu, hasil serbuan turut merampas beberapa peralatan perjudian dan wang tunai yang kesemuanya berjumlah hampir RM9,000.

"Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962," ujarnya lagi. - K! ONLINE

Sumber: http://www.kosmo.com.my/negara/jenayah/44-individu-ditangkap-terlibat-judi-haram-1.575053#.WjdXn8lAJhA.whatsapp
ArtikelDiterbitkan 18 Dec 2017 6.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM