Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pertandingan Nasyid Perkep

Published: 11 Jun 2014 8.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tercungkilnya bakat-bakat terpendam warga PERKEP dalam penciptaan lagu, penulisan lirik dan juga nyanyian serta mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim dalam keluarga besar PERKEP..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertandingan-nasyid-perkep
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:46 MYT

20 Kumpulan Rancakkan Pertandingan Nasyid PERKEP PDRM 2011


"..Melalui pertandingan seperti ini juga, ia berupaya memupuk semangat kerja berpasukan, malah juga akan menjana pemikiran secara strategik, kritis dan kreatif dan ianya merupakan program Islamik yang menepati aspirasi saya kerana sama ada disedari atau tidak, penghayatan liriknya akan membentuk seseorang menjadi lebih penyabar dan tabah dalam menghadapi cabaran wanita yang lebih kompleks terutamanya sebagai seorang pemimpin, ibu dan isteri dalam sesebuah keluarga di dunia yang serba kompetatif ini.." - Y.Bhg Pengerusi PERKEP Malaysia


Cheras, 25 Nov
 - Meskipun julung-julung kali diadakan, namun penglibatan 20 buah kontinjen, briged dan formasi memberikan mesej sambutan yang amat menggalakkan, juga atas faktor kecemerlangan dan kepimpinan PERKEP JSJN menganjurkan program seumpama ini.


Berlangsung sejak 23 November lalu, Pertandingan Nasyid PERKEP Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2011 yang diadakan di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat yang ada pada setiap ahli-ahli PERKEP khususnya kepada mereka yang aktif dan berkebolehan dalam bidang nasyid dan sekaligus mewakili PDRM serta membawa imej PERKEP ke peringkat ke lebih tinggi.


Dalam ucapan perasmian daripada Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia berkata, pertandingan nasyid ini diharapkan dapat membuktikan kemampuan seluruh ahli PERKEP dalam aspek kerjasama, kesepakatan dalam memastikan mesej dakwah yang ingin disampaikan melalui lirik nasyid mampu memberikan kesedaran, penghayatan dan impak yang mendalam kepada setiap warga PERKEP.


"Para peserta nasyid telah mempamerkan kesungguhan dan prestasi yang terbaik sebagai wakil kontinjen, briged dan formasi masing-masing sekaligus membuktikan walaupun dalam kesibukan menjalankan tugas seharian sebagai penjawat awam dan suri rumah tangga, puan-puan masih mampu untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sosial yang dijalankan oleh PERKEP, syabas kerana komitmen puan-puan yang akan memacu kecemerlangan PERKEP di kontinjen, briged dan formasi walau di mana anda berada," ujar Pengerusi PERKEP Malaysia itu.


Beliau turut menambah, penganjuran pertandingan nasyid seperti ini akan dapat menerapkan nilai-nilai Islamik seperti dakwah, merapatkan ukhuwah dan hubungan silatulrahim di samping mencungkil bakat baru yang berpotensi dan berkebolehan di kalangan warga PERKEP dalam penciptaan lagu, penulisan lirik dan juga nyanyian berunsur ketuhanan.
 

Dalam majlis penutupan hari ini, kumpulan Balqis dari kontinjen Bukit Aman telah muncul johan dikuti kumpulan Ummu Aisyah dari Kontinjen Kelantan di tempat kedua dan kumpulan Al-Hawani dari Kontinjen Briged Tengah di tempat ketiga.


Kategori pakaian terbaik juga dimenangi oleh Kontinjen Bukit Aman dan keputusan-keputusan tersebut menyaksikan johan dan dan naib johan iaitu Kontinjen Bukit Aman dan Kontinjen Kelantan akan bertanding di Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan bulan hadapan kelak.


Majlis pada hari ini ini turut menyaksikan persembahan daripada saudara Nazrey Johani, bekas anggota Raihan yang merupakan kumpulan pelopor nasyid kontemporari di negara ini ini dan juga persembahan menarik daripada Brothers. 


Turut hadir menyerikan majlis pada hari ini, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN, YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis (SUPM), YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Luala Lumpur, YDH DCP Haji Tun Hisan Bin Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.     

 
Pertandingan Nasyid Perkep
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu PERKEP

Pertandingan Nasyid Perkep
Pertandingan Nasyid Perkep
Pertandingan Nasyid Perkep
TENGAH...Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia juga turut hadir menyaksikan Pertandingan Nasyid PERKEP bersama Y.Bhg Datin Sri Imran binti Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia dan Pengerusi PERKEP Jabatan/Kontinjen/Briged/Maktab/PULAPOL

Pertandingan Nasyid Perkep
Barisan Juri...

Pertandingan Nasyid Perkep
Kumpulan Nur Fadhilah dari Kontinjen Kedah

Pertandingan Nasyid Perkep
Shoutun Najah dari Maktab PDRM Kuala Lumpur

Pertandingan Nasyid Perkep
Membawa 2 buah lagu, Kesabaran Wanita dan Ila Hi Ya Robbi, Kumpulan Nurul Hidayah dari PULAPOL Kuala Lumpur

Pertandingan Nasyid Perkep
Persembahan yang menarik dari Kontinjen Pulau Pinang...Mutiara Kasih

Pertandingan Nasyid Perkep
Membawa lagu Wanita Sejati dan Wahyu Pertama yang berentak moden...Ummu Solehah dari Negeri Sembilan

Pertandingan Nasyid Perkep
Nur Najah dari Kontinjen Perak...

Pertandingan Nasyid Perkep
Kumpulan Syuhada dari Kontinjen Melaka

Pertandingan Nasyid Perkep
Batalion 5 mewakili Briged Tengah PGA...Kumpulan Al-Hawani

Pertandingan Nasyid Perkep
Berentakkan tradisional dan moden...Kumpulan An-Nisa' dari Kontinjen Pahang

Pertandingan Nasyid Perkep
Dengan lagu berjudul Solehah dan Keimanan, berentak moden... Kumpulan Balqis dari Bukit Aman

Bergambar Kenangan bersama Pengerusi PERKEP Malaysia
Pertandingan Nasyid Perkep
Pertandingan Nasyid Perkep
Pertandingan Nasyid Perkep
Pertandingan Nasyid Perkep
Pertandingan Nasyid Perkep
Pertandingan Nasyid Perkep
Pertandingan Nasyid Perkep
Pertandingan Nasyid Perkep

Pertandingan Nasyid Perkep
Barisan Urus Setia yang menjayakan Pertandingan Nasyid PERKEP PDRM 2011

Pertandingan Nasyid Perkep
Tercungkilnya bakat-bakat terpendam warga PERKEP dalam penciptaan lagu, penulisan lirik dan juga nyanyian serta mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim dalam keluarga besar PERKEP

Pertandingan Nasyid Perkep
Ucapan Penutupan Perasmian daripada Puan Sri Hajah Suriati bt Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Pertandingan Nasyid Perkep
Persembahan daripada saudara Nazrey Johani, bekas anggota Kumpulan Nasyid Raihan

Pertandingan Nasyid Perkep
Persembahan menarik daripada Kumpulan Brothers.

Pertandingan Nasyid Perkep
Rumusan Pertandingan daripada Ketua Juri, Tuan Haji Kazalee Md Kamari (Zali Kamari), Pengerusi Sekretariat Anugerah Industri Nasyid (AIN).

Pertandingan Nasyid Perkep
Pemenang Tempat Ketiga, Kumpulan Al-Hawani dari Briged Tengah PGA.

Pertandingan Nasyid Perkep
NAIB JOHAN...Kumpulan Ummu Aisyah dari Kontinjen Kelantan.

Pertandingan Nasyid Perkep
Pertandingan Nasyid Perkep
JOHAN...Kumpulan Balqis dari Kontinjen Bukit Aman.

Pertandingan Nasyid Perkep
Persembahan daripada Kumpulan Balqis menutupi tirai pertandingan.

Jurufoto       :    Sjn Zaiddin bin Dahalan & L/Kpl Shareel
Wartawan      :    L/Kpl Irfan Bujang
Penyunting    :    Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArticlePublished 11 Jun 2014 8.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM