Artikel
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Setelah 3 hari berlangsungnya Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Tahun 2012,...
Kuala
Lumpur, 28 Mac 2012 - Setelah 3 hari berlangsungnya Pertandingan
Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri
Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Tahun 2012, pada pagi ini bertempat di
Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), Kuala Lumpur, Kumpulan 'G7'
dinobatkan sebagai juara dan Kumpulan 'Target' naib juara.
'G7' dari dari Unit 7
Pasukan Simpanan Persekutuan, Negeri Sembilan menjuarai keseluruhan
dengan mengetengahkan projek bertajuk Vest Yang Berat Yang Tidak Efisyen
dan Kumpulan 'Target' dari Briged Utara, Ulu Kinta, Perak pula naib
juara dengan tajuk projek, Sistem Lampu Isyarat Tembok Pistol Sedia Ada
Tidak Efisyen.
Juara berjaya membawa
pulang piala, sijil penyertaan, wang kemenangan RM1,000.00 dan
sementera Naib Juara membawa pulang sijil penyertaan serta wang
RM700.00.
Sebanyak 10 kumpulan
telah mengambil bahagian di Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif
Peringkat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam
(KDN/KA) Tahun 2012. Pertandingan ini memberi fokus kepada beberapa isu
yang berkaitan dengan penugasan dan tanggungjawab hakiki serta kelemahan
yang ada untuk diperbaiki dan boleh diimplementasikan khusus kepada
PDRM kelak. Diantara pendedahan yang difokuskan adalah terbahagi kepada
dua kategori yang dipertandingkan, iaitu Kategori Pengurusan dan
Kategori Teknikal.
Tujuan pertandingan
ini diadakan adalah untuk memilih 3 kumpulan yang terbaik bagi mewakili
Jabatan KDN/KA untuk bertanding di Peringkat PDRM yang dijangka akan
diadakan pada 24 hingga 26 Jun 2012 di Kuala Terengganu. Pertandingan
ini juga memberi pendedahan berkaitan penugasan serta kemahiran kepada
semua pegawai dan anggota terlibat, disamping itu juga ia komited
bersama-sama semasa sesi percambahan minda serta melatih peserta supaya
lebih kreatif dan inovatif.
Turut hadir dimajlis
tersebut ialah YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan
KDN/KA, YDH DCP Dato' Wira Mohammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah
Jabatan KDN/KA (Kepolisan/Pencegahan Jenayah), YDH Dato' Abd. Rasid bin
Haron, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA Pasukan Gerakan Khas dan
Komander 69 Komando, Y.Bhg Tuan Hamzah bin Abdullah, Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Inspektorat Dan Pengiktirafan MAMPU, Y.Bhg Tuan Mohd.
Tamrin bin Che Yusof, Kementerian Belia dan Sukan, Dato'-Dato'
Komander, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta anggota-anggota PDRM.


Ketibaan YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA...

Memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis...

Pengacara majlis menyampaikan kata-kata aluan...

Y.Bhg Tuan Hamzah bin
Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat Dan
Pengiktirafan MAMPU ketika memberi ucapan dan memberi nasihat kepada
peserta yang mengambil bahagian...

YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA ketika memberi ucapan dan merasmikan penutupan majlis...

Antara barisan kehormat...

Persembahan daripada juara KIK peringkat KDN/KA, Kumpulan G7 Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan...

Antara barisan kehormat...








YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta...

Juara tempat ke-3 Kumpulan Cili Api - Cawangan Trafik Bukit Aman...

Juara tempat ke-2 Kumpulan Target - Briged Utara PGA...


Juara tempat pertama (Johan) Kumpulan G7 - Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan...

YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Tuan Hamzah bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat Dan Pengiktirafan MAMPU...

YDH CP Dato' Wira
Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA menyampaikan cenderahati
kepada Y.Bhg Tuan Mohd. Tamrin bin Che Yusof, Kementerian Belia dan
Sukan...

YDH CP Dato' Wira
Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA meluangkan masa melihat
hasil kerja Kumpulan G7, Unit 7 Pasukan Simpanan Perseketuan...



Antara mereka yang turut hadir...


Bergambar kenangan...
Wartawan: Kpl Lokmanul Hakim bin S.Nor
Jurugambar: Kpl Lokmanul Hakim bin S.Nor / L/kpl Mohd Helmi bin Saadin