Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010 dan 10 pasukan jemputan juga mengambil bahagian dalam acara tersebut. Acara yang dipertandingkan ia..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertandingan-kayak-dan-perahu-panjang-maksak-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:01 MYT

Putrajaya - 6 Jun 2010. Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010 telah berlangsung dari 4 Jun 2010 hingga 6 Jun 2010 di Kompleks Sukan Air, Percint 6, Putrajaya.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara merangkap Yang DiPertua MAKSAK Malaysia.

Hadir di Majlis Penutupan Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010 ini ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan PDRM dan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.
 
Turut hadir ialah YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Naib Pengerusi Majlis Sukan PDRM, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pengelola Pertandingan Kayak & Perahu Panjang MAKSAK 2010 serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Polis Diraja Malaysia telah diberikan kepercayaan oleh MAKSAK Malaysia untuk menganjurkan pertandingan kali ini. Pertandingan diadakan di Putrajaya yang turut juga dikenali 'Pusat Pentadbiran Negara', dijalankan di Kompleks Sukan Air, Percint 6, Putrajaya.

Pertandingan di atas kelolaan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia ini turut mendapat kerjasama bersama Kementerian Belia dan Sukan, Perbadanan Putrajaya, MAKSAK Malaysia dan juga Persatuan Kanu Malaysia (MASCA).

Sukan Kanu adalah merupakan sukan air dan riadah yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, khususnya di kalangan anggota MAKSAK. Penglibatan MAKSAK dalam menganjurkan acara pertandingan sukan adalah bagi memenuhi objektif kerajaan untuk membentuk anggota masyarakat yang sihat, cergas, berdisiplin dan berbudayakan sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara. Pertandingan ini juga dapat merapatkan silaturahim dan berkenalan di antara satu sama lain dari segenap lapisan yang berkhidmat dalam Jabatan Kerajaan.

Sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010 dan 10 pasukan jemputan juga mengambil bahagian dalam acara tersebut. Acara yang dipertandingkan ialah acara Marathon TK2, Acara Sprint TK1 & TK2 dan Perahu Panjang MAKSAK dan jemputan.

Senarai Pemenang Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2008
Kayak:-
Johan        : Johor
Naib Johan : PDRM
Ketiga        : Kuala Lumpur

Perahu Panjang :-
Johan        : ATM
Naib Johan : PDRM
Ketiga        : Kedah

Keputusan Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010

Keseluruhan Kayak :-
Johan        : PDRM (33 mata)
Naib Johan : Johor (32 mata)
Ketiga        : Kuala Lumpur (17 mata)

Perahu Panjang :-
Johan        : ATM
Naib Johan : PDRM
Ketiga        : Kuala Lumpur

Pemenang Keseluruhan Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010
Johan        : PDRM (38 mata)
Naib Johan : Johor (32 mata)
Ketiga        : ATM (23 mata)

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Pasukan Jemputan Perahu Panjang...Marin Bukit Aman yang terdiri daripada pendayung wanita yang bersaing dengan pendayung lelaki.

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Marin Bukit Aman menduduki tempat kedua dalam acara Perahu Panjang  MAKSAK 2010 (Jemputan)

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
 Johan Solo Lelaki dalam Acara Sprint TK1...Mohd Nor Parmin dari PDRM mencatat masa 2:14:57

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Johan Beregu Wanita dalam Acara Sprint TK2...Roslina Mohd Gan bersama Aizadawati Abdul dari PDRM berjaya mencatat masa 2:40:20

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Teknikal dari Pasukan Gerakan Marin, membantu peserta yang terbalik kayak semasa pertandingan

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
dari kanan....Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan PDRM dan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Pertandingan Akhir Perahu Panjang MAKSAK 2010... ATM (No.2) menduduki tempat pertama yang bersaing rapat dengan PDRM (No.3) dan juga Kuala Lumpur (No.4)

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Unit 69 Pasukan Gerakan Khas PDRM bersama Unit Udara PDRM membuat gimik Penyampaian Watikah Pelancaran

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Unit 69 Pasukan Gerakan Khas (PGK) membawa Watikah Pelancaran untuk diberi kepada Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Ucapan Pelancaran  Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010 oleh Y.Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Johan Acara Marathon Wanita TK2...Rosmarini Mamat bersama Norizan Mohd Zawawi dari PDRM menerima hadiah daripada Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Johan Keseluruhan Kayak..PDRM mengumpul 33 mata

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Perahu Panjang MAKSAK 2010..PDRM menduduki tempat Naib Johan

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
PDRM menjulang Piala Tan Sri Ismail Adam...Johan Keseluruhan Kayak & Perahu Panjang MAKSAK 2010, mengumpul 38 mata.

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Y.Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara sebagai penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan Ketua Setiausaha Negara, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari beramah mesra dengan peserta-peserta

Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Kontinjen PDRM menjuarai keseluruhan Pertandingan Kayak & Perahu Panjang MAKSAK 2010

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM