Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010
Putrajaya - 6 Jun 2010. Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010 telah berlangsung dari 4 Jun 2010 hingga 6 Jun 2010 di Kompleks Sukan Air, Percint 6, Putrajaya.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara merangkap Yang DiPertua MAKSAK Malaysia.
Hadir di Majlis Penutupan Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010 ini ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan PDRM dan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.
Turut hadir ialah YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Naib Pengerusi Majlis Sukan PDRM, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pengelola Pertandingan Kayak & Perahu Panjang MAKSAK 2010 serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Polis Diraja Malaysia telah diberikan kepercayaan oleh MAKSAK Malaysia untuk menganjurkan pertandingan kali ini. Pertandingan diadakan di Putrajaya yang turut juga dikenali 'Pusat Pentadbiran Negara', dijalankan di Kompleks Sukan Air, Percint 6, Putrajaya.
Pertandingan di atas kelolaan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia ini turut mendapat kerjasama bersama Kementerian Belia dan Sukan, Perbadanan Putrajaya, MAKSAK Malaysia dan juga Persatuan Kanu Malaysia (MASCA).
Sukan Kanu adalah merupakan sukan air dan riadah yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, khususnya di kalangan anggota MAKSAK. Penglibatan MAKSAK dalam menganjurkan acara pertandingan sukan adalah bagi memenuhi objektif kerajaan untuk membentuk anggota masyarakat yang sihat, cergas, berdisiplin dan berbudayakan sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara. Pertandingan ini juga dapat merapatkan silaturahim dan berkenalan di antara satu sama lain dari segenap lapisan yang berkhidmat dalam Jabatan Kerajaan.
Sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010 dan 10 pasukan jemputan juga mengambil bahagian dalam acara tersebut. Acara yang dipertandingkan ialah acara Marathon TK2, Acara Sprint TK1 & TK2 dan Perahu Panjang MAKSAK dan jemputan.
Senarai Pemenang Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2008
Kayak:-
Johan : Johor
Naib Johan : PDRM
Ketiga : Kuala Lumpur
Perahu Panjang :-
Johan : ATM
Naib Johan : PDRM
Ketiga : Kedah
Keputusan Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010
Keseluruhan Kayak :-
Johan : PDRM (33 mata)
Naib Johan : Johor (32 mata)
Ketiga : Kuala Lumpur (17 mata)
Perahu Panjang :-
Johan : ATM
Naib Johan : PDRM
Ketiga : Kuala Lumpur
Pemenang Keseluruhan Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010
Johan : PDRM (38 mata)
Naib Johan : Johor (32 mata)
Ketiga : ATM (23 mata)

Pasukan Jemputan Perahu Panjang...Marin Bukit Aman yang terdiri daripada pendayung wanita yang bersaing dengan pendayung lelaki.

Marin Bukit Aman menduduki tempat kedua dalam acara Perahu Panjang MAKSAK 2010 (Jemputan)

Johan Solo Lelaki dalam Acara Sprint TK1...Mohd Nor Parmin dari PDRM mencatat masa 2:14:57

Johan Beregu Wanita dalam Acara Sprint TK2...Roslina Mohd Gan bersama Aizadawati Abdul dari PDRM berjaya mencatat masa 2:40:20

Teknikal dari Pasukan Gerakan Marin, membantu peserta yang terbalik kayak semasa pertandingan

dari kanan....Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan PDRM dan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.

Pertandingan Akhir Perahu Panjang MAKSAK 2010... ATM (No.2) menduduki tempat pertama yang bersaing rapat dengan PDRM (No.3) dan juga Kuala Lumpur (No.4)

Unit 69 Pasukan Gerakan Khas PDRM bersama Unit Udara PDRM membuat gimik Penyampaian Watikah Pelancaran

Unit 69 Pasukan Gerakan Khas (PGK) membawa Watikah Pelancaran untuk diberi kepada Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara

Ucapan Pelancaran Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang MAKSAK 2010 oleh Y.Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara

Johan Acara Marathon Wanita TK2...Rosmarini Mamat bersama Norizan Mohd Zawawi dari PDRM menerima hadiah daripada Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara

Johan Keseluruhan Kayak..PDRM mengumpul 33 mata

Perahu Panjang MAKSAK 2010..PDRM menduduki tempat Naib Johan

PDRM menjulang Piala Tan Sri Ismail Adam...Johan Keseluruhan Kayak & Perahu Panjang MAKSAK 2010, mengumpul 38 mata.

Y.Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara sebagai penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur

Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan Ketua Setiausaha Negara, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari beramah mesra dengan peserta-peserta

Kontinjen PDRM menjuarai keseluruhan Pertandingan Kayak & Perahu Panjang MAKSAK 2010