Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Persidangan Midas 2013 Tingkat Kaedah Keselamatan Negara

Published: 12 Jun 2014 8.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 28 Nov – Satu Majlis Persidangan MiDAS 2013 telah berlangsung di Hotel Istana, pagi tadi. Persidangan MiDAS merupakan satu persidangan bagi meningkatkan pemahaman mengenai pertahanan dan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-midas-2013-tingkat-kaedah-keselamatan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:36 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo

PERSIDANGAN MIDAS 2013 TINGKAT KAEDAH KESELAMATAN NEGARA

Kuala Lumpur, 28 Nov – Satu Majlis Persidangan MiDAS 2013 telah berlangsung di Hotel Istana, pagi tadi.

Persidangan MiDAS merupakan satu persidangan bagi meningkatkan pemahaman mengenai pertahanan dan isu keselamatan negara melalui perbincangan, perkongsian pengetahuan dan perspektif bagi tujuan penambahbaikan di masa akan datang.

Persidangan MiDAS 2013 hari ini terbahagi kepada tiga sesi iaitu sesi 'Strengthening National Resilience : The Malaysia Indentity', 'National Resilience : Responding To Crisis' dan 'Enhancing Security Through National Resilience'.

Tema MiDAS 2013 ialah Strengthening National Resilience. Isu yang diketengahkan antara lain meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dalam mengukuhkan serta meningkatkan pertahanan dan keselamatan negara.

"Buat kali pertama dalam sejarah negara, tembok pemisah antara Polis dan Tentera berjaya di pecahkan, tidak lagi bergerak bersendirian, sekarang boleh berjabat tangan, bermuafakat, berbincang dan merupakan rakan kongsi yang saling bantu membantu demi kepentingan agama, bangsa dan negara”, ujar YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia ketika hadir berucap dalam majlis penutupan MiDAS Conference 2013, petang tadi.

Perceramah terdiri daripada Y.Bhg Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerus Air Asia X, Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr. Ramon Navaratnam, Pengerusi Pusat Kajian Polisi Awam bagi sesi 'Strengthening National Resilience : The Malaysia Indentity'.

Bagi sesi kedua bertajuk 'National Resilience : Responding To Crisis' dikendalikan oleh Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd. Zin, Panglima Angkatan Tentera, Y.Bhg Encik Baharuddin Abd Hamid, Setiausaha Keselamatan Negara dan Y.Bhg Dato' Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus, Pengerusi MERCY Malaysia.

Bagi sesi terakhir bertajuk 'Enhancing Security Through National Resilience' telah dikendalikan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, Y.Bhg Profesor Dr. Mansor Mohd Noor, Institut Penyelidikan Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia dan Y.Bhg Dato' Azman Amin Hassan, Pengarah Besar Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir ialah Pegawai Kanan Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rakan Media.

Sekitar Persidangan MiDAS 2013

Persidangan Midas 2013 Tingkat Kaedah Keselamatan Negara
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dengan sesi 'Enhancing Security Through National Resilience'

Persidangan Midas 2013 Tingkat Kaedah Keselamatan Negara
Penyampaian Cenderahati Kenangan

Persidangan Midas 2013 Tingkat Kaedah Keselamatan Negara
Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia

Persidangan Midas 2013 Tingkat Kaedah Keselamatan Negara
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia sempena ucapan penutup Persidangan MiDAS 2013

Persidangan Midas 2013 Tingkat Kaedah Keselamatan Negara
Bergambar Kenangan
ArticlePublished 12 Jun 2014 8.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM