Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10

Published: 10 Jun 2014 6.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Persidangan yang diadakan setiap tahun ini adalah satu platform yang terbaik untuk membincangkan masalah-masalah berkaitan pengurusan Polis Bantuan dan seminar keselamatan pula dapat meberi pendedahan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-ketua-ketua-agensi-polis-bantuan-bersama-pegawai-kanan-pdrm-apac-10
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:20 MYT
Subang Jaya, Selangor - 23 November 2010

Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U (A) 461 Bertarikh 21 Disember 1970). Polis Bantuan adalah sebahagian daripada warga Polis Diraja Malaysia, bukan sahaja sebagai 'mata dan telinga' kepada pasukan PDRM tetapi juga sebagai pembantu yang efektif dan tenaga tambahan yang sangat diperlukan untuk mengambil tindakan awal mencegah jenayah daripada berlakunya kejadian jenayah di kawasan atau premis masing-msing.

Pada ketika ini, sebanyak 94 agensi Polis Bantuan telah diwujudkan, yang terdiri daripada 43 jabatan kerajaan, 34 swasta, 10 badan berkanun serta 7 pihak berkuasa tempatan dengan sebanyak 26,554 perjawatan yang telah diluluskan. Namun begitu, kekuatan perjawatan pada masa kini hanyalah 15,754 dan terdapat 10,845  kekosongan perjawatan.

Ketika ini, sebanyak 33 agensi Polis Bantuan (GLC) terlibat secara sukarela membantu mencegah jenayah, dengan menjalankan tugas rondaan dan jaga aman dan juga tugas rondaan  di sekitar premis masing-masing. Satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) telah ditandatangani oleh YB Menteri Dalam Negeri pada 21 April 2010 di Ara Damansara, Kuala Lumpur, penglibatan Polis Bantuan untuk bersama-sama mencegah jenayah dan menurunkan kadar jenayah, berlandaskan kepada agenda negara,  Bidang Keberhasilan Keutamaan Negara (NKRA).

Dengan ketetapan yang telah digariskan di bawah Para 21, Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A501, menjelaskan peranan dan tugas-tugas hakiki Polis bantuan, diantaranya :-
1.  Menjalankan rondaan, bit dan kawalan statik
2.  Melakukan tugas kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan
3.  Melindungi dan mengiringi harta majikan
4.  Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah
5.  Mengesan serta menangkap pesalah-pesalah

Persidangan Ketua-Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai-Pegawai Kanan PDRM (APAC 10) Ke 22 dan Seminar Keselamatan Persatuan Polis Bantuan Malaysia telah berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre bermula pada 22 November 2010 dan berakhir pada 24 November 2010.

Persidangan yang diadakan setiap tahun ini adalah satu platform yang terbaik untuk membincangkan masalah-masalah berkaitan pengurusan Polis Bantuan dan seminar keselamatan pula dapat meberi pendedahan kepada semua agensi tentang keadaan jenayah masa kini dan peranan yang perlu dimainkan dalam membantu pencegahan jenayah.

Pada pagi ini, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah merasmikan persidangan dan seminar keselamatan sambil diiringi oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM.

Turut hadir ialah YDH SAC Dato' A.Thaiveegan a/l Arumugam, Pemangku Ketua Polis Selangor, Y.Bhg Tuan Haji Zakaria Merican, Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia, Y.Bhg Tan Sri Ramon V. Navaratnam, Penasihat Korporat Sunway Group, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM, Ketua-ketua Agensi Polis bantuan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta dif-dif jemputan.

"Saya berharap pasukan Polis Bantuan juga dapat menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang dan proaktif dalam menjalankan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat di negara ini".

'Sesungguhnya dengan komitmen dan kerjasama daripada agensi-agensi Polis Bantuan ini, diharap tahap keselamatan dan kesejahteraan negara akan terus terjamin", antara ucapan perasmian oleh YDH Ketua Polis Negara.

Satelah selesai perasmian oleh YDH Ketua Polis Negara, satu taklimat jenayah telah dibentangkan oleh ACP Omar bin Mammah, pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor dan seterusnya Majlis Dialog bersama YDH Ketua Polis Negara.

Seminar Keselamatan 'Crime Trends And Their Implications' dimulakan dengan pembentangan pertama oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM dengan tajuk 'Criminal Behaviour'. Seminar Keselamatan dipengerusikan oleh Dato' Md Som bin Sulaiman, dengan barisan panel dari Jabatan Siasatan Jenayah (Gangsterism, Syndicated & Violent Crimes), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Drug Abuses-Current Trends & Challanges), Cawangan Khas (Security Threat & Its Impact To The Nation's Stability) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Commercial Crime-Current Trends & Challengers).

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menerima tabik hormat daripada detachment perbarisan yang terdiri daripada agensi Polis Bantuan.

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Beramah mesra dengan detachment perbarisan...

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Persidangan Ketua-Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai-Pegawai Kanan PDRM (APAC 10) Ke 22 dan Seminar Keselamatan Persatuan Polis Bantuan Malaysia  berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Ucapan aluan oleh Y.Bhg Tuan Haji Zakaria Merican, Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Antara Pegawai Hal Ehwal Awam Kontinjen yang turut hadir...

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Wakil-wakil PDRM...

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Perasmian oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir...

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Cenderahati daripada Kumpulan Sunway dan Persatuan Polis Bantuan Malaysia kepada YDH Ketua Polis Negara

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan Surat Penghargaan kepada Y.Bhg Tuan Haji Bakri bin Sanusi dari Felda Security Services

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Encik Jefri  Faizal bin Kamarudin dari Sime Darby Plantation...

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
'Jenayah Indeks di Selangor telah menurun sebanyak 5,632 kes atau 12.33% dari Jan-Okt 2010', ACP Omar bin Mammah, pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor ketika membentangkan Taklimat Jenayah

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Majlis Dialog bersama Ketua Polis Negara

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Antara Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan yang hadir semasa Majlis Dialog Bersama Ketua Polis Negara

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Bersama Pegawai Kanan Pdrm Apac 10
Bergambar Kenangan dihadapan Sunway Pyramid, Bandar Sunway
ArticlePublished 10 Jun 2014 6.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM