Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Persidangan Agung Bersama Tiga Persatuan Polis Kontinjen Kedah

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.06 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.49 PM
Sg. Petani - 11 Jun 2008. Persidangan Agung Bersama Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Pegawai Diwartakan (PPKP/CPW), Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor (PPKP/CI) dan Persatuan Pegaw..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-agung-bersama-tiga-persatuan-polis-kontinjen-kedah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:06 MYT

Sg. Petani - 11 Jun 2008. Persidangan Agung Bersama Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Pegawai Diwartakan (PPKP/CPW), Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor (PPKP/CI) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Kontinjen Kedah Sesi 2008/2009, berlangsung di Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani, Kedah.

YDH DCP Dato' Syed Ismail Dato' Hj. Syed Azizan, Ketua Polis Kedah telah merasmikan persidangan itu.

Ketika berucap merasmikan persidangan itu, YDH Dato' Syed Ismail amat bangga dan berpuas hati melihat keakraban dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua ahli bagi menjaya persidangan itu.

"Saya bangga apabila melihat semua peringkat pegawai dan anggota tanpa mengira pangkat dan masa bekerjasama menjayakan Persidangan Agung PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD kali ini".

"Inilah semangat yang mesti ada pada setiap warga PDRM demi menjayakan visi dan misi pasukan seperti yang diharapkan oleh pucuk pimpinan pasukan", ujar YDH Dato' Syed Ismail sambil mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa penganjur yang dipengerusikan oleh DSP Mohd Fiesal Libertus Abdullah.

Turut hadir pada persidangan itu ialah YDH SAC II Dato' Asri Yusoff Timbalan Ketua Polis Kedah merangkap Pengerusi PPKP/CPW, P/ASP Adnan Md. Noor Pengerusi PPKP/CI dan Sub. Insp. Mohd Rozi Hj. Halim Pengerusi PPRPD Kontinjen Kedah.

"Adalah diharapkan agar persidangan kali ini dapat dimanfaatkan bagi menghasilkan rumusan yang terbaik disamping menjadikannya sebagai forum untuk meningkatkan sistem penyampaian dan ahli sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan bersedia menghadapi cabaran tugas kepolisan masa kini dan masa hadapan", kata YDH Dato' Syed Ismail lagi.

Pada persidangan itu juga seluruh warga PDRM Kontinjen Kedah telah melafazkan ikrar taat setia akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menyokong sepenuhnya kepimpinan PDRM serta kerajaan dengan diketuai oleh DSP Mohd Fiesal Libertus Abdullah.

Hadir sama ialah Sub Insp. Harun Hassan Penolong Pegawai Turus Persatuan PDRM, Sub. Insp. Jamal Abdullah Presiden PPRPD Malaysia serta Exco Pusat PPRPD Malaysia.

Di sepanjang persidangan itu, program diisikan dengan ceramah oleh YDH SAC I Dato' Jamaluddin Hj. Khalid Presiden PPKP/CPW, YDH SAC II Hj. Muhammad Nadzri Hj. Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bukit Aman dan YDH ACP Ghazali Basri Penolong Pengarah JSJ D5 (Pendakwaan/Undang-Undang) Bukit Aman.

Persidangan Agung Bersama Tiga Persatuan Polis Kontinjen Kedah
YDH Dato' Syed Ismail Dato' Hj. Syed Azizan (tengah) bersama Pengerusi Persatuan PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD Malaysia di Majlis Perasmian Persidangan Agung Bersama Sesi 2008/2009.

Persidangan Agung Bersama Tiga Persatuan Polis Kontinjen Kedah
Lebih 300 ahli persatuan dari semua peringkat pangkat pegawai dan anggota hadir di majlis perasmian yang bersejarah
itu.

Persidangan Agung Bersama Tiga Persatuan Polis Kontinjen Kedah
DSP Mohd Fiesal Libertus Abdullah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Kedah selaku Pengerusi Persidangan Agung, mengetuai bacaan ikrar taat setia dan menyokong sepenuhnya kepimpinan PDRM dan kerajaan.

Persidangan Agung Bersama Tiga Persatuan Polis Kontinjen Kedah
Presiden PPRPD Malaysia Sub Insp. Jamal Abdullah diberikan cenderamata oleh Sub Insp. Mohd Rozi Hj. Halim Pengerusi PPRPD Kontinjen Kedah selepas mengadakan sesi dialog bersama ahli PPRPD Kontinjen Kedah.

Persidangan Agung Bersama Tiga Persatuan Polis Kontinjen Kedah
Sub Insp. Harun Hassan Penolong Pegawai Turus Persatuan Bukit Aman mengucapkan tahniah kepada Sub Insp. Mohd Rozi Hj. Halim setelah dilantik semula sebagai Pengerusi PPRPD Kontinjen Kedah. Hadir sama barisan kepimpinan PPRPD Kontinjen Kedah.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.06 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.49 PM