Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd 2009 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Buat julung kalianya, Majlis Perasmian Persidangan telah dirasmikan oleh seorang menteri dimana YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri telah hadir dan memberi ucaptama dan se..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-agung-bersama-ppkp-cpw-ppkp-ci-dan-pprpd-2009-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:48 MYT

Seremban, Negeri Sembilan - 11 Disember 2009. Persidangan Agung serentak bagi penggal 2009/2010 Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Diwartakan (PPKP/CPW), Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor (PPKP/CI) danPersatuan PegawaiRendah Polis(PPRPD) telah berlangsung pada 10-12 hb Disember 2009 di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.

Buat julung kalianya, Majlis Perasmian Persidangan telah dirasmikan oleh seorang menteri dimana YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri telah hadir dan memberi ucaptama dan seterusnya merasmikan persidangan.

Hadir di Majlis Perasmian Persidangan ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH SAC I Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH SAC I Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Pengerusi PPKP/CPW, ASP Basharuddin bin Mohd Nordin, Pengerusi PPKP/CI, S/Insp Jamal bin Abdullah, Presiden PPRPD, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah PDRM serta perwakilan dari seluruh kontinjen.

Perwakilan dari ketiga-tiga persatuan ini menggunakan persidangan ini bagi mencetuskan idea-idea baru yang positif, dinamik dan berkesan bagi menjana wawasan psukan PDRM sebagai organisasi yang berwibawa dan lebih profesional. Selain itu, perwakilan juga dapat memberi pendapat dan pandangan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan tidak juga mengabaikan kebajikan ahli-ahli selari dengan visi dan misi perjuangan persatuan.

Antara isi yang diberi perhatian semasa persidangan ini adalah Penyusunan Semula Struktur Organisasi PDRM (PSSO), Perubahan Skim Perkhidmatan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Integriti (SIAP) dan kedudukan Pasukan Gerakan Marin.

Antara ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau berharap para perwakilan dapat mengambil peluang melalui perkongsian idea dan pandangan, berupaya mencari satu rumusan terbaik agar Polis Diraja Malaysia terus relevan dengan arus perkembangan dunia masa kini.

" Teruslah memberi khidmat bakti yang tulus ikhlas, dedikasi dan bertanggungjawab. Apabila kesemunya bergerak dilandasan yang betul, saya yakain hasrat kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan negara ini melalui gagasan '1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' akan tercapai" kata YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dalam ucaptamanya yang mendapat tepukan gemuruh dari semua perwakilan.

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd 2009 2010
Perasmian Persidangan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd 2009 2010
Antara perwakilan yang hadir, tepukan gemuruh semasa ucaptama oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd 2009 2010
Penyampaian cenderahati oleh YDH Ketua Polis Negara kepada Menteri Dalam Negeri

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd 2009 2010
Gambar kenangan.. Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Diwartakan (PPKP/CPW)

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd 2009 2010
Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor (PPKP/CI)

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd 2009 2010
Persatuan PegawaiRendah Polis(PPRPD)

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM