Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Diterbitkan: 11 Jun 2014 4.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Berkampung selama tiga hari bermula 27 Mei 2011, Polis Diraja Malaysia telah mengaturkan beberapa persembahan menarik untuk menghiburkan orang ramai yang berpusu-pusu membanjiri Putrajaya sempena Karn..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persembahan-menarik-pdrm-di-karnival-himpunan-sejuta-belia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:52 MYT
Putrajaya - 28 Mei 2011. Berkampung selama tiga hari bermula 27 Mei 2011, Polis Diraja Malaysia telah mengaturkan beberapa persembahan menarik untuk menghiburkan orang ramai yang berpusu-pusu membanjiri Putrajaya sempena Karnival Himpunan Sejuta Belia.

Antaranya ialah persembahan Pancaragam Pusat PDRM di hadapan Bangunan Kementerian Kewangan, Persint 2, Putrajaya. Selain itu, Kombo PDRM juga turut menghiburkan penonton dengan membawa beberapa buah lagu sambil mengiringi persembahan daripada Badan Kebudayaan PDRM.

Unit K9 PDRM juga turut mempersembahkan kemahiran anjing pengesan terbaru unit tersebut yang diadakan di Padang  Sukan Rakyat OKU, berhampiran gerai pameran Karnival PDRM.

Selain itu, persembahan layang-layang yang bertemakan PDRM dan Rakan Cop juga turut dipertontonkan oleh palayang PDRM yang diketuai oleh DSP Mohd Fadzil bin Ali dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman. Beberapa gimik persembahan seperti layang berasap dan menerbangkan selain menjatuhkan risalah kepolisan/cegah jenayah dari udara juga telah menghiburkan penonton yang hadir.

Komando 69, Pasukan Gerakan Khas pula mempertontonkan kemahiran mereka mengendalikan Paramotor kepada penonton dengan berlegar-legar di seluruh kawasan Karnival Himpunan Sejuta Belia. Paramotor PDRM juga telah dijemput untuk membuat gimik persembahan semasa Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia yang telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

Keupayaan Unit Gempur Marin (UNGERIN), unit elit Pasukan Gerakan Marin mengadakan persembahan di hadapan penonton di Monumen Alaf Baru, Tasik Putrajaya. Dengan menggunakan kelengkapan yang termoden dan kemahiran yang tinggi, unit ini membuktikan kebolehan mereka membebaskan tebusan di perairan.

Persembahan Pencaragam Pusat PDRM Dan Kombo PDRM
Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Unit Gempur Marin (UNGERIN)
Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Layang-Layang Bertemakan PDRM Dan Rakan Cop
Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia

Persembahan Unit K9 PDRM

Persembahan Paramotor PDRM

Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan, L/kpl Edwind Indo, L/kpl Shareel bin Shariman & Konst Mohd Helmi bin Saadin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 4.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM