Article
Persembahan Menarik Pdrm Di Karnival Himpunan Sejuta Belia
Berkampung selama tiga hari bermula 27 Mei 2011, Polis Diraja Malaysia telah mengaturkan beberapa persembahan menarik untuk menghiburkan orang ramai yang berpu...
Putrajaya
- 28 Mei 2011. Berkampung selama tiga hari bermula 27 Mei 2011, Polis
Diraja Malaysia telah mengaturkan beberapa persembahan menarik untuk
menghiburkan orang ramai yang berpusu-pusu membanjiri Putrajaya sempena
Karnival Himpunan Sejuta Belia.
Antaranya
ialah persembahan Pancaragam Pusat PDRM di hadapan Bangunan Kementerian
Kewangan, Persint 2, Putrajaya. Selain itu, Kombo PDRM juga turut
menghiburkan penonton dengan membawa beberapa buah lagu sambil
mengiringi persembahan daripada Badan Kebudayaan PDRM.
Unit K9 PDRM juga turut mempersembahkan kemahiran anjing pengesan terbaru unit tersebut yang diadakan di Padang Sukan Rakyat OKU, berhampiran gerai pameran Karnival PDRM.
Selain itu, persembahan layang-layang yang bertemakan PDRM dan Rakan Cop juga turut dipertontonkan oleh palayang PDRM yang diketuai oleh DSP Mohd Fadzil bin Ali dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman. Beberapa gimik persembahan seperti layang berasap dan menerbangkan selain menjatuhkan risalah kepolisan/cegah jenayah dari udara juga telah menghiburkan penonton yang hadir.
Komando 69, Pasukan Gerakan Khas pula mempertontonkan kemahiran mereka mengendalikan Paramotor kepada penonton dengan berlegar-legar di seluruh kawasan Karnival Himpunan Sejuta Belia. Paramotor PDRM juga telah dijemput untuk membuat gimik persembahan semasa Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia yang telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.
Keupayaan Unit Gempur Marin (UNGERIN), unit elit Pasukan Gerakan Marin mengadakan persembahan di hadapan penonton di Monumen Alaf Baru, Tasik Putrajaya. Dengan menggunakan kelengkapan yang termoden dan kemahiran yang tinggi, unit ini membuktikan kebolehan mereka membebaskan tebusan di perairan.
Persembahan Pencaragam Pusat PDRM Dan Kombo PDRM

Persembahan Unit Gempur Marin (UNGERIN)

Persembahan Layang-Layang Bertemakan PDRM Dan Rakan Cop

Persembahan Unit K9 PDRM

Persembahan Paramotor PDRM

Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan, L/kpl Edwind Indo, L/kpl Shareel bin Shariman & Konst Mohd Helmi bin Saadin