Persaraan Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan Dirai
Kuala Lumpur, 18 Julai 2018 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Datin Sri Noorfajariah Abd Rahman diraikan dalam Majlis Makan Malam dengan bertemakan “Malam Kenangan Mengusik Jiwa” yang berlangsung di Hotel Swiss Garden, di sini, semalam.
Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan di atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau selama tempoh menggalas tugas sebagai pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan.
Berucap dalam majlis tersebut, Datin Sri Noorfajariah menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada warga PERKEP Pengurusan yang banyak memberi sokongan serta semangat permuafakatan tinggi oleh setiap ahlinya sepanjang beliau menerajui persatuan tersebut.
“Saya merasa amat bertuah kerana mendapat sokongan yang padu dan jitu daripada semua barisan AJK serta ahli PERKEP dan berharap agar kerjasama diberikan kepada Pengerusi PERKEP Pengurusan yang baharu dalam menjayakan setiap aktiviti akan datang,“ ujar beliau lagi.
Program diteruskan dengan persembahan daripada setiap kontinjen serta penyampaian cenderahati dan cabutan bertuah.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Dato’ Hajjah Fatimah Abd Hamid, Naib Pengerusi 1 PERKEP Pengurusan, Datin Shamala M.Retnam, Naib Pengerusi 2 PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Wan Hazizon Salleh, pegawai-pegawai kanan serta warga PERKEP Jabatan Pengurusan.
Datin Sri Noorfajariah Abd Rahman potong pulut kuning bersama keluarga.
Ucapan daripada Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Datin Sri Noorfajariah Abd Rahman.
Sekitar bergambar kenangan.
Begambar kenangan.
Persembahan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Datin Sri Noorfajariah Abd Rahman.