Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Petron Tingkatkan Keselamatan Di Stesen Minyak

Diterbitkan: 19 Jul 2018 5.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Gombak, 18 Julai 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Petron Malaysia meneruskan usaha sama dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesedaran jenayah melalui Majlis Pelancaran Struktur Kreatif Go To Safety Point (GTSP) yang berlangsung di Stesen Minyak Petron Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) Selayang, dekat sini, sebentar tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-petron-tingkatkan-keselamatan-di-stesen-minyak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:21 MYT

Gombak, 18 Julai 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Petron Malaysia meneruskan usaha sama dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesedaran jenayah melalui Majlis Pelancaran Struktur Kreatif Go To Safety Point (GTSP) yang berlangsung di Stesen Minyak Petron Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) Selayang, dekat sini, sebentar tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Zainuddin Yaacob mewakili Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Dato’ Sri Tajudin Md. Isa berkata dalam ucapan perasmiannya, melalui kempen GTSP, orang ramai atau mangsa jenayah boleh meminta bantuan awal dengan segera ketika berlakunya kecemasan melalui premis-premis yang telah didaftarkan di bawah program GTSP.

“Stesen Minyak Petron yang mempunyai lebih 600 rangkaian di seluruh Malaysia adalah sebahagian premis-premis yang berdaftar melalui GTSP sekaligus berperanan sebagai penghubung antara mangsa dan pihak polis selain menyediakan bantuan awal kecemasan yang diperlukan,” ujar beliau lagi.

Pendekatan yang ingin diketengahkan kali ini iaitu melalui paparan stuktur karikatur mengandungi mesej ringkas tetapi kreatif sememangnya dapat menarik perhatian pelanggan dari segenap lapisan masyarakat untuk mencegah jenayah dengan lebih efisien.
 
Turut hadir, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, SAC Kumaran Karuppannan, Ketua Jabatan Dagangan Runcit, Petron Malaysia, Puan Faridah Ali, Pengasas Syarikat Edu Kop Services Sdn Bhd, Dato’ Haji Abd Aziz Ariffin, Pegawai kanan polis, warga Community Policing dan rakan media.

Untuk senarai penuh premis-premis yang terlibat dengan program GTSP, orang ramai boleh klik pautan berikut; /program-pdrm/go-to-safety-point-(gstp) 

Jom Pergi Ke Tempat Selamat!!!

IMG_2557
Sesi bergambar kenangan di Majlis Pelancaran Struktur Kreatif Go To Safety Point (GTSP).

0S5A3135 copy
Sekitar ketibaan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Zainuddin Yaacob.

0S5A3235 copy
Ucapan Ketua Jabatan Dagangan Runcit, Petron Malaysia, Puan Faridah Ali.

0S5A3263 copy
Ucapan Dato’ Zainuddin Yaacob.

IMG_2477
Sekitar gimik pelancaran Struktur Kreatif Go To Safety Point (GTSP).

ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2018 5.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM