Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perpaduan Antara Kaum Perlu Dititikberatkan Dalam Mencapai Objektif Pasukan

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LANGAT, 18 DIS- Ketua Polis Selangor, Deputi Commissioner Police(DCP) Dato' Haji Tun Hisan Bin Dato' Haji Tun Hamzah menekankan elemen perpaduan kaum sewajarnya dikekalkan dalam usaha kerajaan m..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perpaduan-antara-kaum-perlu-dititikberatkan-dalam-mencapai-objektif-pasukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:58 MYT

KUALA LANGAT - 18 Disember 2010

Ketua Polis Selangor, Deputi Commissioner Police (DCP) Dato' Haji Tun Hisan Bin Dato' Haji Tun Hamzah menekankan elemen perpaduan kaum sewajarnya dikekalkan dalam usaha kerajaan membentuk suasana yang selamat di negeri ini.

Beliau turut menambah, kesedaran rakyat untuk menangani jenayah seharusnya dipupuk dari peringkat akar umbi lagi dan sumbangan mereka dalam menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa seharusnya dipertingkatkan seperti diskusi antara agensi penguatkuasa undang-undang dan wakil-wakil masyarakat amnya.

Ujarnya lagi, masyarakat tidak harus menoleh ke belakang, sebaliknya mewujudkan satu pemikiran baru dan mengakui setiap individu ada kelebihan serta mengaplikasikannya dalam mencapai kualiti hidup dan kesejahteraan bersama.

Berucap semasa merasmikan penutupan Program Kempen Kepolisan Masyarakat Peringkat Daerah Kuala Langat di Pantai Morib hari ini, beliau memuji usaha Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kerajaan negeri dan badan-badan luar dalam menjayakan program ini di mana masyarakat diberi pendedahan yang telus mengenai bahayanya jenayah dan pada yang sama, objektif kerajaan untuk membudayakan gagasan 1 Malaysia terlaksana.

Program yang bermula seawal 9 pagi itu mendapat sambutan yang menggalakkan dan disertai pelbagai lapisan masyarakat sekitar Kuala Langat serta menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, gerai-gerai pameran dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan juga majlis apresiasi kepada tokoh usahawan Kuala Langat yang berjaya.

Program kemudiannya diteruskan ke sebelah petang dimulai dengan persembahan pancaragam PDRM sehingga ke kemuncak majlis dengan persembahan-persembahan kebudayaan dari tiga suku kaum majoriti negara- Melayu, Cina dan India serta demonstrasi mempertahankan diri yang amat menarik.

"USAHA PDRM UNTUK MENGEKALKAN KESELAMATAN RAKYAT DIPERGIAT"- YDH DATO' HAJI TUN HISAN

PDRM komited dalam memapankan keselamatan rakyat sejajar dengan salah satu elemen 4P yang disarankan Ketua Polis Negara,- Protective (pelindung).

Mengulas kenyataan beliau itu, PDRM akan mewujudkan Ops Payung di seluruh Selangor sebagai langkah insentif untuk menurunkan indeks jenayah di negeri ini.

Ops Payung telah diperkenalkan Oktober lalu dan diwujudkan di beberapa kawasan 'panas' di seluruh negara yang beroperasi dengan meletakkan bit polis secara bergerak di lokasi tersebut untuk memberi respons segera terhadap kejadian jenayah.

Malah, ianya turut berfungsi dalam mempertingkatkan komunikasi dengan masyarakat sekitar dan dalam erti kata lain, masyarakat turut turun padang dalam usaha membanteras jenayah di persekitaran mereka.

Dato' Haji Tun Hisan turut menjelaskan statistik jenayah di negeri ini dari Januari-Disember 2010 semakin menunjukkan perubahan yang positif dengan mencatatkan penurunun kadar jenayah sebanyak 12.9 peratus dan jenayah jalanan sebanyak 29.8 peratus.

Perpaduan Antara Kaum Perlu Dititikberatkan Dalam Mencapai Objektif Pasukan
Pelepasan Konvoi Bermotosikal bermula dari Pantai Morib,Kuala Langatke Port Dickson oleh Ketua Polis Daerah Kuala Langat YDH SUPT Hj Nordin bin Hj Manan..

Perpaduan Antara Kaum Perlu Dititikberatkan Dalam Mencapai Objektif Pasukan
Ketibaan Ketua Polis Selangor YDH DCP Dato' Hj Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah disambut dengan meriah..

Perpaduan Antara Kaum Perlu Dititikberatkan Dalam Mencapai Objektif Pasukan
Gimik yang menunjukkan seorang anggota polis klasik yang sedang bertugas sebagai pembuka tirai majlis..

Perpaduan Antara Kaum Perlu Dititikberatkan Dalam Mencapai Objektif Pasukan
Perarakan dari Pasukan Polis Berkuda untuk menyerahkan logo PDRM kepada Ketua Polis Selangor YDH DCP Dato' Hj Tun Hisan..

Perpaduan Antara Kaum Perlu Dititikberatkan Dalam Mencapai Objektif Pasukan
Ketua Polis Selangor YDH DCP Dato' Hj Tun Hisan menandatangani Perasmian Penutupan Program Kempen Kepolisan Masyarakat Peringkat Daerah Kuala Langat 2010..

Perpaduan Antara Kaum Perlu Dititikberatkan Dalam Mencapai Objektif Pasukan
Sambutan yang di luar jangkaan daripada para pengunjung..

Perpaduan Antara Kaum Perlu Dititikberatkan Dalam Mencapai Objektif Pasukan
Pertunjukan menarik dari Persatuan Seni Silat Cemandi Warisan..

Jurufoto : Konst Raymond Martin
Wartawan : L/Kpl Mohd Khaidzir bin Mahmad
Penyunting : Insp Md. Aruwan bin Md. Amilah
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM