Perlindungan Insuran Kepada Setiap Warga Pdrm
Jumaat, 28 Jan 2011 - Ketua Polis Daerah Serdang, YDH Supt. Abd Razak bin Elias telah menyerahkan cek pampasan Insuran Berkelompok Etika berjumlah RM90,000 kepada ibu Allahyarham Konst Muhamad Safwan bin Mat Alim, Puan Foziah binti Che Mat yang telah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal semasa balik dari bertugas pada 12 Oktober tahun lepas di Jalan Persiaran Puchong Jaya.
Upacara penyerahan cek tersebut disempurnakan di Bilik Taklimat Balai Polis Puchong Jaya dengan disaksikan Ketua Polis Balai Puchong Jaya, C/ Insp. Lokman bin Ahmad dan wakil Lembaga Pengarah Koperasi Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Sub Insp. Mohd Punzan bin Yusuf.
Allahyarham Muhamad Safwan berasal dari Kg. Baru Beris Nenas Kijal, Terengganu telah menyertai PDRM pada Mei 2009 ketika berusia 19 tahun dan telah bertugas di Balai Polis Puchong Jaya selama 18 bulan.
Allahyarham telah menjadi ahli Koperasi Polis pada tahun 2009 dah telah mengambil pakej insuran berkelompok sebanyak 3 unit.
Di akhir majlis tersebut,
YDH Supt. Abd Razak menyeru kepada setiap anggota polis yang bertugas di
lapangan supaya mengambil skim insuran bagi menghadapi sebarang
kemungkinan berlakunya perkara tak diingini kepada anggota tersebut di
masa hadapan.

YDH Supt. Abd Razak bin Elias mempengerusikan sidang media....

Upacara penyerahan cek kepada ibu Allahyarham Konst. Muhamad Safwan bin Mat Alim....

YDH Supt. Abd Razak bin Elias ketika memberi amanat beliau....
Wartawan : Konst. Helmi
Jurufoto : Konst. Helmi
Penyunting : Insp. Aruwan