Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abdul Razak bin Elias berkata, polis adalah agensi penguatkuasa yang membantu pencapaian konsep sekolah selamat dengan mengatur dan menyusun pegawai perhubungan sekola..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelantikan-pegawai-perhubungan-sekolah-dari-pdrm-dalam-mewujudkan-sekolah-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:30 MYT

Serdang, 28 Januari 2011- Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abdul Razak bin Elias berkata, polis adalah agensi penguatkuasa yang membantu pencapaian konsep sekolah selamat dengan mengatur dan menyusun pegawai perhubungan sekolah bagi menentukan keselamatan para pelajar dapat dijamin.

Sehubungan itu, pelantikan pegawai perhubungan sekolah dari PDRM berperanan penting dalam mencapai ojektif tersebut.

Berucap semasa Majlis Permuafakatan Polis Serdang Dengan Sekolah-sekolah Daerah Serdang, beliau menjelaskan melalui perlantikan ini, beberapa pendekatan akan diwujudkan.

Pegawai-pegawai ini akan membuat lawatan ke sekolah-sekolah yang dipertanggungjawabkan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Selain itu, mereka akan duduk semeja dan berbincang dengan pihak berkuasa sekolah seperti pengetua, penolong kanan, guru disiplin, kaunselor dan guru-guru berkenaan perlakuan pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Tambah beliau lagi, pegawai-pegawai ini juga akan mewujudkan satu pelan kerjasama dengan pihak sekolah berkaitan pencegahan jenayah, dadah dan tingkah laku sosial.

Di akhir ucapannya, Supt Abdul Razak berpesan dengan pegawai-pegawai perhubungan sekolah tersebut supaya menggunakan 'metodologi' yang berkesan dengan mengambil aspek psikologi untuk medekati murid-murid, memberikan pendidikan dan kesedaran melalui nasihat, partisipasi dan cara memujuk.

Beliau juga mengalu-alukan inisiatif pelajar berhubung dengan PDRM melalui Facebook dan Laman Web Rasmi PDRM dalam mempertingkatkan pengetahuan mereka berkenaan keselamatan diri dan harta benda mereka.

Sementara itu, 31 pegawai PDRM yang dilantik tersebut akan dipertanggungjawabkan di sekolah-sekolah sekitar daerah Serdang.

Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, DSP Lam Chin Fei, Pengerusi Komuniti Policing Daerah Serdang yang juga mewakili ADUN Serdang, Encik Khalid bin Lambak, kakitangan-kakitangan PIBG sekolah serta jemputan-jemputan khas.

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat
Antara tetamu dan jemputan yang hadir...

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat
Ucapan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abdul Razak bin Elias

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat
Ucapan oleh Pengetua SMK Seri Serdang, Puan Hajjah Faizah bt Yusof.

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat 
Ketukan Gong oleh YBhg. Encik Khalid bin Lambak, Pengerusi 'Community Policing'  menandakan  perasmian majlis.

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat
Penyerahan sijil perlantikan pegawai perhubungan sekolah kepada pegawai-pegawai kanan PDRM dan anggota.

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat
Cenderahati disampaikan oleh KP Daerah Serdang kepada Encik Khalid bin Lambak, Pengerusi 'Community Policing'.

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat
KP Daerah Serdang, Supt. Abdul Razak bin Elias sempat meluangkan masa bersama pelajar-pelajar sekolah.

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat
Sesi temuramah bersama wartawan...

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat
Lakonan oleh anggota polis dalam membenteras jenayah.

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat
Antara pameran-pameran di majlis... 

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat
Para pelajar tidak melepaskan peluang bergambar bersama helikopter PDRM.

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Pdrm Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat
Pertunjukan K-9 PDRM dalam operasi penyalahgunaan dadah.

Wartawan  : Konst. Irfan & Konst. Helmi
Jurufoto     : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim b S.Nor
Suntingan : F29 Siti Fatimah Abdul Manan

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM