Perlancaran Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah
Sungai
Siput 1 Julai 2013 – Polis Diraja Malaysia hari ini mencatat satu
sejarah baru dengan Perlancaran Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan
Jenayah (JPPJ),satu jabatan baru yang ditubuhkan khas bagi merancang
strategi dan pendekatan secara proaktif dan bersepadu bagi mencegaj
jenayah daripada berlaku.
Majlis perlancaran telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Dato` Sri Khalid Bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara) di Ibu
Pejabat Polis Daerah Sungai Siput. Dalam majlis yang bermula jam 12.30
tengah hari ini, YDH Dato Wira Ayub Bin Hj Yaakob telah menerima watikah
perlantikan sebagai Pengarah JPPJ daripada YDH Ketua Polis Negara.
Majlis gilang gemilang ini turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Jabatan
Pdrm, Ketua-Ketua Polis dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis.
YDH
Ketua Polis Negara dalam ucapannya menyeru kepada masyarakat agar
membudayakan tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah supaya
peluang dan hasrat penjenayah untuk melakukan jenayah terhapus.

