"...Terima
kasih kepada semua tetamu yang diraikan yang sudi menerima sumbangan
yang dihulurkan kerana ia tidaklah seberapa tapi sekurang-kurangnya
PERKEP Malaysia dapat berkongsi suka duka serta dapat meringankan beban
yang ditanggung..." - Pengerusi PERKEP Malaysia
oleh : L/Kpl Irfan bin Bujang
foto : L/Kpl Raymond bin Martin
BUKIT AMAN, 22 Sept- "Majlis
amal pada malam ini diadakan khusus untuk meraikan tetamu yang terdiri
daripada balu-balu PDRM, anak-anak yatim, rumah-rumah amal dan kebajikan
serta pesakit-pesakit di kalangan warga PDRM dan ia merupakan program
perintis tabung kasih PERKEP Malaysia," ujar Y.Bhg Puan Sri Datin Seri
Hajah Suriati Binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, sempena Majlis
Malam Amal PERKEP Malaysia di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, hari ini.
Majlis
bagi meraikan anggota dan keluarga anggota PDRM yang kurang bernasib
baik turut diserikan dengan kehadiran YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail
bin Hj Omar, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu
Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran binti
Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Pengarah-pengarah Jabatan
PDRM, Pengerusi-pengerusi PERKEP Jabatan, Pengerusi-pengerusi biro
PERKEP Malaysia, dan tetamu-tetamu jemputan.
Y.Bhg
Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP
Malaysia dan Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim, Naib
Pengerusi PERKEP Malaysia.
Pucuk pimpinan PDRM dan PERKEP.
Antara yang hadir.
Antara yang hadir.
Ucapan daripada Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.
Ucapan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.
Antara yang hadir.
Persembahan sepanjang majlis.
Persembahan sepanjang majlis.
Persembahan sepanjang majlis.
Penyampaian sumbangan.
Persembahan di akhir majlis.
Persembahan di akhir majlis.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Perkep Rai Insan Kurang Bernasib Baik
Majlis bagi meraikan anggota dan keluarga anggota PDRM yang kurang bernasib baik turut diserikan dengan kehadiran YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sr..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-rai-insan-kurang-bernasib-baik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.