Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara

Diterbitkan: 12 Jun 2014 3.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Anak kelahiran Batu Pahat Johor ini adalah seorang atlet yang sentiasa mempamerkan mutu disiplin dan daya kesungguhan yang tinggi. Mula berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia pada tahun 1992 d..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/orang-besi-pdrm-sumbang-satu-lagi-pingat-emas-kepada-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:48 MYT

Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Helmi bin Saadin

SEPANG, 21 September - Sub Inspektor (S) Sazali bin Abdul Samad, nama yang tidak asing lagi di dalam sukan bina badan telah mengharumkan nama Malaysia di Kejohanan Bina Badan Asia Ke-46 di Guangzhou, China baru-baru ini dan ianya merupakan kejayaan kelapan sepanjang pembabitannya dalam kejohanan antarabangsa yang berprestij itu. 

Antara kejayaan yang beliau telah perolehi adalah:

1. Mr. Asia (1996 India)
2. Mr. Asia (1998 Vietnam)
3. Mr. Asia (1999 Taiwan)
4. Mr. Asia (2000 Hong Kong)
5. Mr. Asia (2002 China)
6. Mr. Asia (2009 Hong Kong)
7. Mr. Asia (2010 Iran)
8. Mr. Asia (2012 China)

Pingat emas ini telah sah menjadi milik beliau dalam Kejohanan 46th Asian Mens Bodybuilder And Athletics Physique Championship bagi kategori Lighweight 70KG di Pusat Sukan Tianhe, Guangzhou, China yang telahpun bermula 19 September lalu dan menyaksikan penyertaan seramai 200 atlet bina badan dari 20 negara Asia.

Anak kelahiran Batu Pahat Johor ini adalah seorang atlet yang sentiasa mempamerkan mutu disiplin dan daya kesungguhan yang tinggi. Mula berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia pada tahun 1992 dan terus menempa nama dan membanggakan seluruh warga PDRM.

Seramai 7 orang atlet bina badan telah terpilih bagi mewakili Malaysia dan 4 darinya adalah atlet PDRM menyaksikan penyertaan Sazali bin Abd Samad (lightweight 70kg), Aloysius Jamimon (Middle Weight 80kg), Ismadi Riji (Heavy Weight 100kg), dan Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Body Classic 170cm+3).

Atlet PDRM telah mengharumkan nama Malaysia dengan memperolehi pencapaian berikut iaitu Sazali bin  Abd Samad (Johan), Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (ke-2), Ismadi Riji (ke-3).

Atlet-atlet ini selamat sampai di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 6.40 petang tadi dan disambut oleh  YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan, YDH Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Ketibaan Atlet Bina Badan PDRM di Kuala Lumpur Internasional Airport (KLIA), Sepang

Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
'Kamilah Juara'

YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan menyambut ketibaan atlet

Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Bacaan doa selamat, memberkati majlis dan meraikan kepulangan

Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Sekitar majlis "laungan PDRM boleh"

Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
'Ceria' sekitar program

Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Sekitar program

Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Bergambar kenangan

Ketika sidang media

Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Sub Inspektor (S) Sazali bin Abdul Samad memberi piala kemenangan kepada anaknya

Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Antara Pegawai Kanan PDRM yang hadir...

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 3.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM