Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perkep Perluas Jalinan Mahabbah Ke Pusat Pendidikan Al Bakarah

Published: 20 Oct 2015 7.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 20 Oktober – Sebagai satu persatuan yang prihatin terhadap komuniti luar, Biro Kebajikan Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP) telah mengadakan program lawatan mahabbah ke Pusat Pendidikan Al-Barakah semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-perluas-jalinan-mahabbah-ke-pusat-pendidikan-al-bakarah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 04:04 MYT
Ipoh, 20 Oktober – Sebagai satu persatuan yang prihatin terhadap komuniti luar, Biro Kebajikan Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP) telah mengadakan program lawatan mahabbah ke Pusat Pendidikan Al-Barakah semalam.

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim bersama 38 ahli PERKEP Jabatan Pengurusan tersebut bertujuan memperluaskan program-program kebajikan dan keinsanan bagi mengeratkan lagi kasih sayang serta kesedaran di dalam komuniti.

“Apa yang diharapkan hasil dari program lawatan ini, adalah cetusan perasaan kasih sayang sesama insan dapat kita bajai agar ianya sentiasa mengalir dalam sanubari kita,” ujar Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim dalam ucapannya.

Dalam lawatan tersebut, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah, Datuk Ustaz Kazim Elias Al Hafiz telah memberikan kuliah beliau dalam pengajian hadis serta sedikit taklimat berkenaan sistem pembelajaran yang diperkasakan dengan pendekatan yang efektif demi melahirkan pelajar-pelajar yang bertauliah dan berpengetahuan.

Turut hadir dalam program, Pengerusi PERKEP Cawangan Khas, Datin Seri Azizah Hamdi, Pengerusi PERKEP Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Datin Engku Zaitun Mohd Isa, Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak, Datin Hajjah Halijah Mohd Rashid, Pengerusi PERKEP IPD Seberang Prai Selatan, Puan Sariha Jusoh serta 40 ahli PERKEP IPD Seberang Prai.

Sesi Bergambar Kenangan..
Sesi bergambar kenangan..

Sumbangan PERKEP
Sumbangan dari PERKEP Malaysia kepada Pusat Pendidikan Al-Bakarah..

Tandatangan buku pelawat..
Sesi menandatangani buku pelawat...

Lawatan ke Galeri..
ArticlePublished 20 Oct 2015 7.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM